Pokok Kapal Terbang apa perlu kita tahu
🍀Pokok Kapal Terbang
Nama Botani : Chromolaena odorata / Eupatorium odoratum L.
Nama Lain : Pokok Jepun, Pokok Busuk-busuk, Serunai, Seketam Bukit, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush, Aeroplane plant, Baby Tea.
Famili: Asteraceae, Compositae
🏮Pengenalan
Pokok kapal terbang adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Namanya agak unik dan tidak diketahui mengapa ia dinamakan sedemikian. Tetapi mengikut cerita orang-orang terdahulu, benih pokok ini tersebar dengan cara yang tidak disengajakan dari Benua Amerika. Biji benih pokok ini terlekat pada tayar kapal terbang British pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu (Malaya ketika itu). Ia biasa tumbuh dikawasan yang terbuka dan tidak tumbuh di kawasan yang terlindung atau dinaungi oleh pokok-pokok lain. Tumbuhan ini berbatang lembut dengan bahagian dalam batangnya mengandungi gabus berwarna putih. Ia mampu tumbuh disemua jenis tanah. Keseluruhan pokok ini berbau agak busuk.
🏮Kegunaan
Tumbuhan ini ialah sejenis tumbuhan beracun yang boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya kepada kanak-kanak. Daun kapal terbang yang dilumatkan dengan tapak tangan boleh dijadikan ubat luka dengan menampal di tempat luka. Ia mampu menghentikan pengaliran darah untuk luka kecil. Daun kapalterbang merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. Daun kapal terbang dan kapur dikisar menggunakan tapak tangan sehingga lumat dan mengeluarkan buih. Buih ini disapu pada perut bayi dan dibarut.
Selepas menggunakan pokok ini, pastikan tangan anda dicuci untuk mengelakkan keracunan. Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang mengandung kepada bayinya melalui uri. Simptom yang biasa di tunjukkan ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali yang disebabkan oleh alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut. Biasanya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari dari masa kejadian. Jadi, berhati-hati bila menggunakan tumbuhan ini..
#bawangbulat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERKINI
-
▼
2017
(32)
-
▼
July 2017
(18)
- Mahu Anak Pintar ketahui caranya
- Tips jaga kereta mesti kena tahu
- Cara beli kereta terpakai
- Cara buat customer repeat order produk anda
- Strategi Perniagaan Melalui Instagram
- Tips Bagaimana Nak Kembali Fokus
- Ketahui cara buat duit guna kamera anda
- Cara solat subuh bagi lelaki
- Cara hilang jerawat mesti baca
- Ketahui rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan
- Tips kuruskan badan anda
- Idea peluang berniaga dengan food truck jom baca
- Cara solat istikharah mesti kena tahu
- Pokok Kapal Terbang apa perlu kita tahu
- Daging Bakar Ala Thai
- cara melukis peta lakar jom belajar
- SERUNDING DAGING JOM BACA RESEPINYA
- CARA NAK MASAK PULUT KUNING
- ► August 2017 (2)
- ► October 2017 (12)
-
▼
July 2017
(18)
No comments:
Post a Comment