Tips banyakkan susu badan yang perlu kita tahu

Cara Banyakkan Susu Badan 

Cara 1:
Fahami bahawa perut bayi baru lahir adalah kecil
Pertama sekali, apabila kita baru melahirkan bayi, fahami bahawa perut bayi kita kecil. 
Hanya sebesar sebiji buah ceri sahaja. 

tips banyakkan susu badan yang perlu kita tahu 

Cuba lihat, sehari perut bayi hanya perlukan 1 sudu teh susu ibu. Credit gambar Google.
Bayi kita yang baru lahir tidak memerlukan susu yang banyak.
Sedikit pun cukup. 

Sebab itu, susu ibu yang baru sahaja bersalin tidak memancut seperti ibu yang bayinya telah berusia 3 bulan. 

Cara 2:
Fahami apa itu kolostrum. 
Apabila bayi mula melalui laluan peranakan untuk keluar dari perut ibu, sistem badan ibu akan mengaktifkan hormon yang menghasilkan susu. 
Jadi susu untuk bayi baru lahir akan serta-merta dihasilkan oleh badan ibu. 
Namun begitu, susu yang keluar sejurus selepas bayi dilahirkan adalah dinamakan kolostrum. 
Kolostrum ini sifatnya berwarna kuning. Ia pekat, tetapi sangat sedikit. 
Ia tidak keluar memancut. 
Namun, kolostrum ini mampu mengenyangkan bayi baru lahir, dan cukup untuk perut bayi. 
Hargai kolostrum. 
Kebiasaannya, kolostrum akan keluar tanpa bercampur dengan susu biasa, selama seminggu. 

Cara 3:
Fahami sifat susu ibu. 
Sifat susu ibu adalah sangat mudah hadam. 
Perut bayi lebih mudah memproses dan menghadamkan susu ibu berbanding susu formula kerana susu ibu adalah semulajadi. 
Bila perut bayi cepat hadam susu ibu, terkadang terdapat bayi yang sangat cepat lapar. 
Ia bukan petanda susu ibu tersebut tidak cukup. 
Tetapi ia petanda susu tersebut telah habis di proses oleh perut bayi, dan bayi perlu diisi semula dengan susu. 

Cara 4: 
Fahami bahawa bayi menangis bukan hanya kerana lapar. 
Bayi baru lahir yang menangis, ada banyak sebab. 
Pertama sekali, sebagai orang dewasa, kita perlu memahami yang bayi barh lahir tidak mahir bertutur bahasa kita. 
Tidak pandai bercakap. 
Oleh kerana itu, satu sahaja cara bayi untuk sampaikan kepada ibunya tentang kehendaknya – iaitu dengan cara membuat bunyian atau menangis. 
Bayi menangis ada banyak sebab. 
Boleh jadi kerana perut bayi masuk angin. 
Atau boleh jadi sebab suhu bilik terlalu panas atau sejuk. 
Atau boleh jadi sebab bayi memerlukan pelukan ibu untuk rasa selamat seperti di dalam rahim. 
Ada pelbagai lagi sebab yang memungkinkan bayi menangis. 
Yang pasti, bayi menangis bukan hanya kerana lapar. 

Cara 5:
Kerapkan penyusuan atau kerapkan sesi memerah susu untuk membanyakkan susu badan. 
Satu perkara yang ibu perlu gembira apabila bayi kerap menyusu adalah, lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak lah susu badan yang akan dihasilkan oleh tubuh ibu. 
Analogi nya seperti pam di tandas. 
Apabila kita tarik pam di tandas, secara automatik, tangki pam akan diisi semula dengan air dari tangki air. 

Oleh sebab itu, jika ibu mahu kumpul stok susu yang banyak, kerapkan sesu penyusuan bayi atau perah susu setiap 2 jam.

kredit : diaryofmuhammad.com


No comments:

Post a Comment