RAWATAN TULANG BELAKANG

RAWATAN TULANG BELAKANG

* Fisio terapi
* Ubat-ubatan
* Pembedahan

Rawatan ubat-ubatan seperti vitamin bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak pada saraf.

Manakala fisioterapi pula selain mengurangkan bengkak, kesakitan, dengan menggunakan traksi ia dapat membantu melembutkan otot-otot bagi melepaskan tekanan pada saraf.

Bagaimanapun individu yang tidak merawat kecederaan yang mereka alami tidak dapat memulih dan mengembalikan kekuatan asal mereka.

Pembedahan bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada saraf supaya saraf tidak berasa sakit juga untuk menguatkan tulang.

Ia juga membantu memulihkan tulang yang berubah dari kedudukan asal dan menguatkan tulang bagi mencegah rasa sakit.

KOMPLIKASI
Sakit belakang boleh mengakibatkan lemah pada kaki untuk bergerak. Namun sekiranya hasil pemeriksaan doktor mendapati sakit belakang bukan berpunca dari ketumbuhan atau jangkitan kuman, pesakit tidak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan kesihatan.

Sebaliknya, sekiranya ia menyebabkan individu terbabit tidak boleh berjalan atau berdiri, langkah sewajarnya ialah mendapatkan rawatan.

* Tidak boleh berdiri sehingga ada kalanya memaksa seseorang merangkak.
* Kebas kaki
* Rasa bisa
* Rasa sengal
* Tidak dapat berjalan jauh kerana sakit pada kaki dan kebas.

PENCEGAHAN
Bagi mencegah rasa sakit pada bahagian belakang ini pelbagai langkah perlu dilakukan antaranya:
* Aktif melakukan senaman bagi mengelakkan tulang belakang menjadi lembut seterusnya menjadi osteoporisis.
* Elakkan daripada sebarang kecederaan pada tulang belakang.
* Pastikan kedudukan yang betul apabila anda duduk, mengangkat barang, berdiri, tidur di atas katil yang sesuai.
Manakala dari segi pemakanan, pengambilan kalsium dapat mencegah tulang jadi lembut.

Justeru untuk menguatkan tulang, pastikan anda mempunyai berat badan yang ideal seimbang dengan ketinggian dan tidak terlalu gemuk.

Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, tulang belakang terpaksa bekerja keras untuk menampung berat badan.

SENAMAN
Dengan melakukan senaman, seperti aktiviti sukan dapat menguatkan otot-otot di samping mengelakkan osteoporosis.

Bagaimanapun aktiviti sukan yang dilakukan tidak keterlaluan bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

Kehausan pada tulang akan menyebabkan ia menekan saraf, keadaan ini mengakibatkan pesakit ada kalanya langsung tidak dapat berjalan.

Kesakitan yang dirasai ini kerana saraf telah tertekan dan mengakibatkan darah tidak dapat mengalir masuk ke saraf.

Apabila seseorang berjalan atau berlari kita memerlukan darah, bagaimanapun sekiranya darah tidak mengalir ke saraf tidak mendapat oksigen. Kesannya ia akan menimbulkan kesakitan kerana kekurangan oksigen.

Pada peringkat ini pesakit dinasihatkan supaya menjalani Scan MRI (Magnetic Resonance Imaging) untuk menentukan keadaan sebenar yang berlaku dan rawatan sesuai.

Pada peringkat awal pesakit akan menjalani fisioterapi dan rawatan ubat-ubatan.

Sebaliknya, sekiranya sakit belakang yang dideritai agak serius, pembedahan akan dilakukan untuk;
* Membuang tulang yang timbul berlebihan supaya ia tidak menekan saraf.
* Menguatkan bahagian sendi-sendi yang telah longgar.

PANDUAN
Sakit belakang dapat ditentukan tahap keseriusan seperti sama ada:

* Sakit sedikit atau serius
* Boleh bergerak, berjalan, duduk atau aktif seperti biasa
* Sakit tersebut dari pinggang menjalar ke kaki.


No comments:

Post a Comment