Petua menjaga rambut untuk wanita bertudung

Petua menjaga rambut untuk wanita bertudung
1: Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dahulu. Jika tidak, rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.

2: Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri.Jangan gosok rambut anda secara kasar.

3: Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

4: Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikat rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tidak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

5: Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.

6: Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.

7: Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

8: Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus. Ini kerana, jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.

9: Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah rosak.

10: Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat .


Gejala tekanan darah rendah

Gejala tekanan darah rendah
Tidak semua yang mempunyai tekanan darah rendah akan berasa gejala. Keadaan Hypotension juga tidak selalu memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, jika tekanan darah adalah cukup rendah, mungkin menyebabkan gejala-gejala seperti berikut.
Jantung berdebar-debar atau tidak teratur.


Pening.
Limp.
Loya.
Pengsan .


Hilang keseimbangan atau merasa tak mantap.
Penglihatan kabur.


Jika anda mengalami simptom tekanan darah rendah, anda perlu segera duduk atau berbaring, minum air, dan menghentikan semua aktiviti-aktiviti yang anda lakukan. Gejala biasanya akan hilang tidak lama lagi selepas beberapa ketika.Jika anda mengalami simptom tekanan darah rendah seperti yang disebutkan di atas, sila berjumpa doktor untuk mengukur tekanan darah anda dan memeriksa jika terdapat penyakit tertentu yang menyebabkan gejala-gejala seperti tekanan darah rendah. 


Punca Tekanan Darah Rendah

Sebenarnya, tekanan darah boleh berubah sepanjang hari, bergantung kepada aktiviti yang sedang dijalankan dan ia dianggap normal. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan tekanan darah seseorang adalah rendah, seperti umur, rawatan, dan keadaan cuaca.

Cuaca udara panas boleh membuat tekanan darah menurun. Orang yang menenangkan atau bersenam secara umum juga mempunyai tekanan darah yang lebih rendah. Di samping itu, jika anda baru sahaja makan, tekanan darah juga boleh menurun sebanyak darah yang akan mengalir ke saluran gastrousus untuk mencerna dan menyerap makanan. Tekanan darah pada siang hari dan malam adalah berbeza. Biasanya dalam tekanan darah siang hari akan meningkat, dan malam itu akan menjadi lebih rendah.

Bagaimana muntah boleh dirawat

Bagaimana muntah boleh dirawat

Kehilangan jumlah cairan badan disebabkan muntah yang berterusan perlu diganti supaya dihidrasi tidak berlaku. Bagi bayi berumur kurang dari 6 bulan :

Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) dalam jumlah yang kecil dan kerap-berikan 2 ke 3 sudu kecil setiap 15 ke 20 minit


Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima larutan garam rehaidrasi tersebut, beransur-ansur tambahkan jumlah ORS (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan yang sebenar)


Jangan beri air kosong atau ORS berperisa
Jika bayi menyusu susu formula, selepas 6 – 8 jam bayi tidak lagi muntah mulakan menyusu bayi anda.


Jika bayi diberi susu ibu sepenuhnya, susui bayi anda 5 – 10 minit jarak masa setiap 2 jam. Selepas 6 – 8 jam bayi anda tidak lagi muntah, teruskan penyusuan susu ibu seperti biasa
Bagi bayi diperingkat umur 6 bulan hingga 1 tahun

Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) dengan jumlah yang sadikit dan kerap – berikan 3 sudu teh larutan garam rehaidrasi (ORS) setiap 15 hingga 20 minit
Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima larutan garam rehaidrasi tersebut, beransur-ansur tambahkan jumlah ORS (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan yang sebenar)


Jangan berikan air kosong
Garam rehaidrasi (ORS) berperisa mungkin boleh diberikan
Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur mulakan penyusuan seperti biasa.


Mulakan penyusuan dalam jumlah yang sedikit dan beransur-ansur tambahkan jumlah susu sekiranya anak anda dapat menerimanya.
Bagi kanak-kanak lebih 1 tahun

Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) atau air kosong dengan jumlah yang sedikit dan kerap – berikan 3 sudu teh setiap 15 hingga 20 minit
Garam rehaidrasi (ORS) berperisa atau minuman isotonik tidak berkabonat boleh diberikan.


Sekiranya anak anda boleh menerima larutan garam rehaidrasi, beransur-ansur mulakan penyusuan seperti biasa. (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan yang sebenar)


Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur berikan sup kosong dan makanan lembut (roti, bubur dan mee).
Jangan memaksa anak anda makan


Selepas 24 jam tidak muntah beransur-beransur mulakan makanan seperti biasa.

Baking Soda mengurangkan ketagihan rokok

Baking Soda mengurangkan ketagihan rokok
Tip ini bukan dari saya. Saya cuma kongsikan disini harap dapat membantu. Sesiapa yang pernah mencuba, boleh komen. Mana tahukan tidak sesuai atau berkesan! Saya cuma tahu ianya sesuai mereka yang mengalami masalah asid reflux (kembung) dan.... digunakan buat roti.

Merokok ni mengakibatkan meningkatnya risiko penyakit jantung koronari sebanyak 2 - 4x, risiko serangan strok sebanyak 3 hingga 4 kali ganda, lelaki pula bakal mendapat kanser paru-paru sebanyak 25 kali ganda dan wanita mendapat kanser paru-paru sebanyak 26 kali ganda berbanding dengan orang yang tidak merokok.

Jika anda ingin berhenti, cuba tip ini yang mudah. Sekurang-kurangnya anda tidak terlibatkan diri dengan pertelingkahan menangani isu vape.

Campurkan 1 sudu besar baking soda ke dalam segelas air besar sehingga larut sepenuhnya. Minum dua kali sehari selama 2 minggu. Jika anda tidak berhenti dalam masa itu, maka teruskan selama 1 minggu atau lebih dan minum sekali sehari. Jangan berlebihan kerana lebihan dos menjejaskan kesihatan anda. Kalau anda makan ubat lain, jangan amalkan tip ini tanpa nasihat doktor.

Anda juga boleh berkumur dengan campuran ini setiap kali anda tidak boleh menahan diri untuk merokok.

AYAT-AYAT PELINDUNGAN BAYI

AYAT-AYAT PELINDUNGAN BAYI

Antara yang pernah diamalkan adalah:


1. Setiap awal pagi laungkan azan perlahan ke telinga bayi.
2. Surah Al-Qadar dan Surah Ali-'Imraan ayat 36 (dibaca 3 kali setelah azan tersebut)
3. Surah asy-Syarh dibaca 3 kali berbetulan dada bayi.
4. Surah Ar-Rahman 1-6, Surah Al-Qiyamah 16-19, Surah Al-Buruj 21-22 (dibaca setiap satu itu 3 kali dan dihembus pada wajah bayi)
5. Dibaca sekali sahaja surah-surah berikut, kemudian dihembus ke seluruhan tubuh bayi:
a) Surah At-Taubah ayat 51
b) Surah Yunus ayat 107
c) Surah Hud ayat 6
d) Surah Al-'Ankabuut ayat 60
e) Surah Fathir ayat 2
f) Surah Az-Zumar ayat 38


Beramallah dengan YAKIN, InSyaa'Allah..

RAWATAN TULANG BELAKANG

RAWATAN TULANG BELAKANG

* Fisio terapi
* Ubat-ubatan
* Pembedahan

Rawatan ubat-ubatan seperti vitamin bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak pada saraf.

Manakala fisioterapi pula selain mengurangkan bengkak, kesakitan, dengan menggunakan traksi ia dapat membantu melembutkan otot-otot bagi melepaskan tekanan pada saraf.

Bagaimanapun individu yang tidak merawat kecederaan yang mereka alami tidak dapat memulih dan mengembalikan kekuatan asal mereka.

Pembedahan bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada saraf supaya saraf tidak berasa sakit juga untuk menguatkan tulang.

Ia juga membantu memulihkan tulang yang berubah dari kedudukan asal dan menguatkan tulang bagi mencegah rasa sakit.

KOMPLIKASI
Sakit belakang boleh mengakibatkan lemah pada kaki untuk bergerak. Namun sekiranya hasil pemeriksaan doktor mendapati sakit belakang bukan berpunca dari ketumbuhan atau jangkitan kuman, pesakit tidak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan kesihatan.

Sebaliknya, sekiranya ia menyebabkan individu terbabit tidak boleh berjalan atau berdiri, langkah sewajarnya ialah mendapatkan rawatan.

* Tidak boleh berdiri sehingga ada kalanya memaksa seseorang merangkak.
* Kebas kaki
* Rasa bisa
* Rasa sengal
* Tidak dapat berjalan jauh kerana sakit pada kaki dan kebas.

PENCEGAHAN
Bagi mencegah rasa sakit pada bahagian belakang ini pelbagai langkah perlu dilakukan antaranya:
* Aktif melakukan senaman bagi mengelakkan tulang belakang menjadi lembut seterusnya menjadi osteoporisis.
* Elakkan daripada sebarang kecederaan pada tulang belakang.
* Pastikan kedudukan yang betul apabila anda duduk, mengangkat barang, berdiri, tidur di atas katil yang sesuai.
Manakala dari segi pemakanan, pengambilan kalsium dapat mencegah tulang jadi lembut.

Justeru untuk menguatkan tulang, pastikan anda mempunyai berat badan yang ideal seimbang dengan ketinggian dan tidak terlalu gemuk.

Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, tulang belakang terpaksa bekerja keras untuk menampung berat badan.

SENAMAN
Dengan melakukan senaman, seperti aktiviti sukan dapat menguatkan otot-otot di samping mengelakkan osteoporosis.

Bagaimanapun aktiviti sukan yang dilakukan tidak keterlaluan bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

Kehausan pada tulang akan menyebabkan ia menekan saraf, keadaan ini mengakibatkan pesakit ada kalanya langsung tidak dapat berjalan.

Kesakitan yang dirasai ini kerana saraf telah tertekan dan mengakibatkan darah tidak dapat mengalir masuk ke saraf.

Apabila seseorang berjalan atau berlari kita memerlukan darah, bagaimanapun sekiranya darah tidak mengalir ke saraf tidak mendapat oksigen. Kesannya ia akan menimbulkan kesakitan kerana kekurangan oksigen.

Pada peringkat ini pesakit dinasihatkan supaya menjalani Scan MRI (Magnetic Resonance Imaging) untuk menentukan keadaan sebenar yang berlaku dan rawatan sesuai.

Pada peringkat awal pesakit akan menjalani fisioterapi dan rawatan ubat-ubatan.

Sebaliknya, sekiranya sakit belakang yang dideritai agak serius, pembedahan akan dilakukan untuk;
* Membuang tulang yang timbul berlebihan supaya ia tidak menekan saraf.
* Menguatkan bahagian sendi-sendi yang telah longgar.

PANDUAN
Sakit belakang dapat ditentukan tahap keseriusan seperti sama ada:

* Sakit sedikit atau serius
* Boleh bergerak, berjalan, duduk atau aktif seperti biasa
* Sakit tersebut dari pinggang menjalar ke kaki.


INFO UBAT

INFO UBAT
💊💊
Bukan semua ubat perlu disimpan dalam peti sejuk. Ingat ya, menyimpan ubat dalam peti sejuk tidak menyebabkan ubat tahan lebih lama. Malah mungkin boleh menyebabkan ubat rosak dan tidak lagi berkesan kepada pengguna.

Simpan ubat dengan betul, ikut arahan penyimpanan seperti yang tertera pada label ubat.

Mesej ini daripada
Bahagian Farmasi KKM

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pusat Panggil Farmasi Kebangsaan di talian
1-800-88-6722 (benar2 tol)
(Isnin-Jumaat 8pg-5ptg)

Mohon sebar-sebarkan informasi ini agar dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.


Tindakan bila terjumpa ular di dalam rumah

Tindakan Bila Terjumpa Ular Di dalam Rumah

1. Jangan panik dan cuba bertenang. Sekiranya ular itu berdekatan dengan kita, cuba jangan bergerak. Bacalah surah surah atau doa sesuai supaya ular tadi keluar dan kita terselamat. Biasanya ular akan bergerak dan berlalu pergi.

2. Mengikut petua juga dan berdasarkan kisah di zaman Nabi, kita digalakkan memberi amaran kepada ular tadi secara lisan dengan menyuruhnya keluar sebanyak tiga kali, takut kemungkinan ular jelmaan jin.

3. Jangan bertindak sendiri dan terburu buru. Kita juga dilarang membunuh ular kecuali haiwan ini ternyata telah mengancam nyawa kita. Untuk makluman ular tidak menyerang manusia kecuali apabila mereka terkejut atau rasa terancam.

3. Perhatikan pergerakan haiwan ini dan ke mana ia beredar.

4. Call 999 (Jabatan Pertahanan Awam) dan laporkan kes ini dengan memberikan nama, alamat rumah dan nombor telefon.

5. Lindungi anak-anak dan orang tua di dalam rumah dengan menempatkan mereka di tempat atau bilik yang selamat.

6. Apabila pasukan penyelamat sampai, maklumkan kepada mereka lokasi ular ini.

HUKUMAN MEMAKAN HARTA ANAK YATIM

HUKUMAN MEMAKAN HARTA ANAK YATIM

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sahabat saudara2 yang dirahmati Allah,
Allah SWT berfirman :

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuhnya perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)”. (QS an –Nisa’ ayat : 10).

Dalam ayat ke sepuluh, surah an - Nisa’ ini, Allah  menyatakan bahaa mereka yang memakan harta anak yatim tanpa alas an, maka mereka akan menelan api yang menyala-nyala sepenuh perut mereka di hari Kiamat kelak.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Rasulullah SA berkata :

“Jauhilah tujuh perkara yang dapat membinasakan”.

Para sahabat bertanya : “Apa itu wahai Rasulullah ?”.

Baginda Rasulullah SAW menjawab :

1) Menyengutukan Allah Ta’ala.
2)  Sihir.
3) Membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan sesuatu yang hak.
4)  Memakan riba.
5) Memakan harta anak yatim.
6) Berpaling di saat perang.
7) Memfitnah wanita-wanita mukminat yang telah bersuami yang lemah untuk melakukan hal yang tidak baik”.
(H.R. Bukhari dan Imam Muslim).

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW telah bersabda mengenai apa yang telah Baginda lihat sewaktu diisrak’kan :

“Aku dibawa ke tempat sekelompok lelaki yang masing-masing bibirnya seperti bibir unta. Masing-masing mereka disuap mulutnya dengan batu api neraka. Setelah masuk ke mulut lalu keluar ke bawah. Mereka mengeluarkan suara  dan teriakan”. 

Lalu aku bertanya kepada  Jibril : “Siapakah mereka itu wahai Jibril?”.

Jibril menjawab : “Mereka itu adalah pemakan –pemakan harta anak yatim secara zalim”.
(H.R. Ibnu Hatim).

As-Sudi berkata :
Pemakan harta - harta anak yatim akan dibangkitkan kembali di hari Kiamat dengan gejolak api yang keluar dari mulutnya, hidungnya, telinganya, matanya dan semua orang yang melihatnya mengetahui bahawa dia adalah pemakan harta anak yatim”.

Rasulullah SAW bersabda :

“Sekelompok kaum akan dibangkitkan kelak di hari Kiamat sedang dari mulut mereka akan keluar api yang bergejolak”.

Lalu sahabat bertanya :

“Siapakah itu wahai Rasulullah?”.

Rasulullah SAW menjawab :

“Tidak kah engkau mengetahui bahwa Allah SWT telah berfirman :

“Barangsiapa yang memakan harta anak yatim, maka akan menelan api sepenuh perutnya”
(H.R. Ibnu Mardaweh).

bu Hurairah menyatakan Rasulullah SAW telah bersabda :

“Awalah (berjati-hatilah ) kalian terhadap harta milik dua golongan yang lemah, wanita dan anak yatim”.

Selamat merenungi…semoga bermanfaat.

Wallahu’alam.

Cara solat jenazah perlu tahu

Solat yang dilakukan oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt.


Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid. Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah serentak tetapi afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.
Persediaan Solat Jenazah
  1. Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
  2. Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  3. Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  4. Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :

الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله

Jawab Makmum :

الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله

Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.

Rukun Solat Jenazah
  1. Niat pada takbiratul ihram.
  2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
  3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
  4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
  5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
  6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
  7. Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat JenazahBerdiri betul dan lafaz niat solat jenazah

Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.

أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.

أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan إِمَامًا.

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan مَأْمُوْمًا

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.

Kemudian bertakbir dengan,

Takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.
Takbiratul ihram

اَ للهُ اَكْبَرُ

“Allah Maha Besar”.

Beserta dengan niat
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.

Membaca Surah Al-Fatihah

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.” (Al-Fatihah : 1-7)


Takbir kedua baca selawat.

أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.


“Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”

 Takbir ketiga berdoa untuk si mati.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ


“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.” 

Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.

أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Bacaan sesudah salam
  1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
  2. Surah Al-Falaq 1 kali.
  3. Surah An-Nas 1 kali.
  4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
  5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
  6. Ayat Kursi 1 kali.
  7. Doa yang sesuai 
sumber

Cara kira bmi untuk anda


Cara kira bmi untuk anda

BMI (Body Mass Index) atau Indeks Jisim Badan adalah formula untuk mengalisa berat badan dan ia berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran komposisi badan secara tidak langsung kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang.

Kalau nak tahu adakah BMI anda menepati ciri BMI yang sihat, anda boleh buat kiraan seperti di bawah:

BMI = berat(kg)
            ——————————
           tinggi(m) x tinggi(m)


Kategori BMI :

    Kurang berat badan          = <18.5
    Berat badan yang normal = 18.5-24.9
    Berat berlebihan               = 25-29.9
    Obesiti                              = 30 atau lebih

Leceh kan nak kira macam ni? Tak apa, saya ada cara lebih mudah, boleh guna kalkulator BMI di bawah:

*Sila klik pada tab ‘Metric’ untuk pengiraan dalam cm dan kg.




Powered by BMR Calculator

kredit

Cara lelaki serius dalam hubungan

Cara lelaki serius dlm hubungan
13 berani jumpa mak ayah dan keluarga
14 menjaga kehormatan pasanga
15 menjaga agama dan segera menghalalkan hubungan
16 pandai amik ati keluarga pasangan
17 mendidik ke arah kebaikan

CARA MEMBERSIHKAN WAJAH SEMULAJADI YANG BERKESAN


CARA MEMBERSIHKAN WAJAH SEMULAJADI YANG BERKESAN


Anda hanya perlu menggunakan bahan-bahan yang sedikit dan mereka akan membantu anda untuk mengucapkan selamat tinggal kepada liang besar pada wajah.

1. Jus lemon dan telur putih
Dalam secawan menggabungkan dua putih telur dengan beberapa titik jus lemon. Anda perlu mendapatkan pes tebal dan anda perlu memohon di muka anda. Pes harus bertindak selama 15 atau 20 minit. Di hujung basuh muka anda. Ini adalah topeng yang akan membantu anda untuk membuang semua kulit mati, minyak tambahan dan ia akan mengetatkan liang-liang anda.

2. Jus lemon dan sos tomato
Mengambil dua tomato dan membuat Puri yang. Tambah beberapa titik jus lemon di dalamnya dan gaulkan sehingga anda mendapat pes tebal. Memohon paste pada muka, kebanyakannya pada kawasan yang terjejas. Biarkan ia kering selama kira-kira 15 hingga 20 minit dan akhirnya mencuci ia off. Kerana asid dalam lemon dan sos tomato, minyak yang dihasilkan dari muka anda akan dibatalkan dan anda akan mempunyai liang-liang yang sihat.

3. Timun, rosewater dan air limau
Ini adalah kombinasi yang kuat yang akan membantu anda untuk Keluarkn liang kulit. Pertama sekali, Kupas timun dan meninggalkan bahagian yang berserabut. Ambil satu sudu teh air meningkat dan 3 hingga 4 titis jus lemon dan menyebarkan campuran pada kain flimsy dan terang, dan Sapukan pada muka anda. Biarkan selama kira-kira 15 minit. Ia perlu betul-betul kering dan apabila ia sudah kering bilas muka anda complexly. Wajah anda akan menjadi lembut dan lembut dan liang akan menjadi kecil.

4. Jus lemon dan nenas
Menggabungkan 2 camca besar jus nenas di beberapa titik jus lemon. Mengambil kain yang ringan dan tindakan yang begitu pantas ia ke dalam adunan dan letakkan di muka. Biarkan di muka anda selama kira-kira 10 minit dan basuh muka anda. Nenas mengandungi banyak enzim, dan ia adalah ubat yang menakjubkan untuk mengecut liang besar. Jus lemon, akan bertindak seperti septik yang disebabkan oleh keadaan berasid.

5. Jus lemon dan almond
Mengambil beberapa badam dan rendam semalaman. Pada waktu pagi, mengisar badam itu dan membuat pes. Di tampal di tambah satu sudu teh jus lemon dan mengisar ia. Memohon pes ini pada muka anda dan biarkan ia bertindak selama kira-kira 20 hingga 25 minit. Pada akhirnya, mencuci muka anda dan liang akan menjadi lebih kecil.

 kredit : kualipanas.com



Tips banyakkan susu badan yang perlu kita tahu

Cara Banyakkan Susu Badan 

Cara 1:
Fahami bahawa perut bayi baru lahir adalah kecil
Pertama sekali, apabila kita baru melahirkan bayi, fahami bahawa perut bayi kita kecil. 
Hanya sebesar sebiji buah ceri sahaja. 

tips banyakkan susu badan yang perlu kita tahu 

Cuba lihat, sehari perut bayi hanya perlukan 1 sudu teh susu ibu. Credit gambar Google.
Bayi kita yang baru lahir tidak memerlukan susu yang banyak.
Sedikit pun cukup. 

Sebab itu, susu ibu yang baru sahaja bersalin tidak memancut seperti ibu yang bayinya telah berusia 3 bulan. 

Cara 2:
Fahami apa itu kolostrum. 
Apabila bayi mula melalui laluan peranakan untuk keluar dari perut ibu, sistem badan ibu akan mengaktifkan hormon yang menghasilkan susu. 
Jadi susu untuk bayi baru lahir akan serta-merta dihasilkan oleh badan ibu. 
Namun begitu, susu yang keluar sejurus selepas bayi dilahirkan adalah dinamakan kolostrum. 
Kolostrum ini sifatnya berwarna kuning. Ia pekat, tetapi sangat sedikit. 
Ia tidak keluar memancut. 
Namun, kolostrum ini mampu mengenyangkan bayi baru lahir, dan cukup untuk perut bayi. 
Hargai kolostrum. 
Kebiasaannya, kolostrum akan keluar tanpa bercampur dengan susu biasa, selama seminggu. 

Cara 3:
Fahami sifat susu ibu. 
Sifat susu ibu adalah sangat mudah hadam. 
Perut bayi lebih mudah memproses dan menghadamkan susu ibu berbanding susu formula kerana susu ibu adalah semulajadi. 
Bila perut bayi cepat hadam susu ibu, terkadang terdapat bayi yang sangat cepat lapar. 
Ia bukan petanda susu ibu tersebut tidak cukup. 
Tetapi ia petanda susu tersebut telah habis di proses oleh perut bayi, dan bayi perlu diisi semula dengan susu. 

Cara 4: 
Fahami bahawa bayi menangis bukan hanya kerana lapar. 
Bayi baru lahir yang menangis, ada banyak sebab. 
Pertama sekali, sebagai orang dewasa, kita perlu memahami yang bayi barh lahir tidak mahir bertutur bahasa kita. 
Tidak pandai bercakap. 
Oleh kerana itu, satu sahaja cara bayi untuk sampaikan kepada ibunya tentang kehendaknya – iaitu dengan cara membuat bunyian atau menangis. 
Bayi menangis ada banyak sebab. 
Boleh jadi kerana perut bayi masuk angin. 
Atau boleh jadi sebab suhu bilik terlalu panas atau sejuk. 
Atau boleh jadi sebab bayi memerlukan pelukan ibu untuk rasa selamat seperti di dalam rahim. 
Ada pelbagai lagi sebab yang memungkinkan bayi menangis. 
Yang pasti, bayi menangis bukan hanya kerana lapar. 

Cara 5:
Kerapkan penyusuan atau kerapkan sesi memerah susu untuk membanyakkan susu badan. 
Satu perkara yang ibu perlu gembira apabila bayi kerap menyusu adalah, lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak lah susu badan yang akan dihasilkan oleh tubuh ibu. 
Analogi nya seperti pam di tandas. 
Apabila kita tarik pam di tandas, secara automatik, tangki pam akan diisi semula dengan air dari tangki air. 

Oleh sebab itu, jika ibu mahu kumpul stok susu yang banyak, kerapkan sesu penyusuan bayi atau perah susu setiap 2 jam.

kredit : diaryofmuhammad.com


CARA NAK MASAK PULUT KUNING

 
CARA NAK MASAK PULUT KUNING

Bahan-Bahan:

  • 500g beras pulut
  • 1 sudu kecil kunyit
  • air secukupnya, untuk rendam pulut
  • 2 cawan santan pekat
  • garam secukup rasa
  • 3-4 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Rendam pulut yang digaul bersama kunyit sehingga lembut atau semalaman. Minimum 6 jam.
  2. Toskan pulut (buang airnya). Susun daun pandan di atas dulang pengukus dan letak beras pulut di atasnya.
  3. Panaskan pengukus, dan kukus beras pulut selama 1/2 jam atau sehingga lembut. Angkat dan masukkan di dalam mangkuk besar.
  4. Kacau santan bersama garam secukup rasa. Tuang santan ke dalam pulut dan rehatkan sehingga santan meresap. Gemburkan pulut dengan garfu dan sedia untuk dihidang. 


SERUNDING DAGING JOM BACA RESEPINYA

SERUNDING DAGING JOM BACA RESEPINYA


BAHAN-BAHAN:


📌500 gm daging- direbus dan disiat halus
📌100 gm serbuk kari
📌50 gm jintan manis
📌50 gm jintan putih
📌50 gm serbuk ketumbar
📌100 gm cili kering yang telah dikisar
📌200 ml santan
📌250 ml minyak masak
📌Garam secukup rasa
📌Gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR


📌3 cm lengkuas
📌3 cm halia
📌100 gm bawang merah
📌60 gm bawang putih
📌5 batang serai
📌60 gm kunyit hidup

CARA MEMASAKNYA:

🍭1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.

🍭2. Kemudian masukkan cili kering, serbuk kari, jintan manis, jintan putih dan ketumbar.

🍭3. Setelah garing, masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.

🍭4. Kemudian masukkan daging yang telah disiat-siat tadi bersama dengan garam dan gula secukup rasa.

🍭5. Masak sehingga kering menggunakan api yang perlahan dan sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA...



cara melukis peta lakar jom belajar

1. Buka fail jpeg tentang imej kawasan kajian yang disimpan dari google earth.

2. Cetak imej kawasan kajian tersebut.



cara melukis peta lakar jom belajar

3. Kertas karbon untuk diletak di bawah imej google earth. 



4. ”Trace” atau lukis imej tersebut ke atas Kertas putih A4 dengan menggunakan simbol yang dipelajari dari buku teks. Warnakan.



Peta lakar anda perlu mempunyai:


1. Simbol
Guna simbol yang telah dipelajari dari buku teks - simbol ciri fizikal dan ciri budaya.
(a) Simbol ciri fizikal adalah seperti hutan, belukar, kawasan rumput, sungai, tasik, garisan kontur yang menunjukkan kawasan tanah tinggi, dsb.
(b) Simbol ciri budaya pula, boleh guna simbol kawasan, simbol titik, simbol garisan atau singkatan.

2. Petunjuk
Sediakan petunjuk untuk simbol yang digunakan dalam peta.

3. Kedudukan
Untuk menunjukkan kedudukan kawasan kajian dengan lebih tepat, sila labelkan nama jalan atau nama bangunan yang strategik dalam peta.

4. Tajuk
Sediakan tajuk untuk peta kawasan kajian, Contohnya: Peta Kawasan Kajian Batu Tiga Kuching

5. Bingkai peta (frame)
Lukiskan bingkai untuk peta anda.

6. Arah mata angin
Sediakan arah mata angin dalam peta lakar ini.


Kredit : geogarang1.blogspot.my

Daging Bakar Ala Thai

Resepi Daging Bakar Ala Thai

Bahan:


Daging 1/4 Kilo (Selalu kami beli daging segar)
Bawang Putih 3 ulas
Bawang Merah 1 ulas
Kicap Manis 2 sudu Besar
Sos Tiram 1 sudu Besar
Garam secukup rasa
Gula jika perlu
Serai 1 Batang



Cara buat :

Kisar bawang putih, bawang merah, serai, garam dan gula sampai lumat. kemudian campurkan kicap manis dan sos tiram. Gaul rata kesemua bahan bersama daging. masukkan dalam bekas/zipper bag, dan perapkan selama 3 jam di dalam peti ais. makin lama perapan, makin sedap rasanya. Sebelum bakar, grill sedikit daging atas pan bagi luaran nya masak sedikit, kemudian baru bakarkan dalam oven. tujuannya untuk mengekalkan juice daging dan menjadikan daging lembut.

Air Asam

Cili Padi ikut suka nak pedas mana
Cili Merah
Belacan
Bawang Putih 2 ulas
Bawang Besar 1 biji
Gula 1/2 sudu kecil
Garam secukup rasa
Limau nipis 1 biji
Air Asam Jawa

Masukkan semua bahan dalam blender, kisar sampai lumat. siap!

Pokok Kapal Terbang apa perlu kita tahu

Pokok Kapal Terbang apa perlu kita tahu


🍀Pokok Kapal Terbang
Nama Botani : Chromolaena odorata / Eupatorium odoratum L.
Nama Lain : Pokok Jepun, Pokok Busuk-busuk, Serunai, Seketam Bukit, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush, Aeroplane plant, Baby Tea.
Famili: Asteraceae, Compositae

🏮Pengenalan

Pokok kapal terbang adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Namanya agak unik dan tidak diketahui mengapa ia dinamakan sedemikian. Tetapi mengikut cerita orang-orang terdahulu, benih pokok ini tersebar dengan cara yang tidak disengajakan dari Benua Amerika. Biji benih pokok ini terlekat pada tayar kapal terbang British pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu (Malaya ketika itu). Ia biasa tumbuh dikawasan yang terbuka dan tidak tumbuh di kawasan yang terlindung atau dinaungi oleh pokok-pokok lain. Tumbuhan ini berbatang lembut dengan bahagian dalam batangnya mengandungi gabus berwarna putih. Ia mampu tumbuh disemua jenis tanah. Keseluruhan pokok ini berbau agak busuk.

🏮Kegunaan

Tumbuhan ini ialah sejenis tumbuhan beracun yang boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya kepada kanak-kanak. Daun kapal terbang yang dilumatkan dengan tapak tangan boleh dijadikan ubat luka dengan menampal di tempat luka. Ia mampu menghentikan pengaliran darah untuk luka kecil. Daun kapalterbang merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. Daun kapal terbang dan kapur dikisar menggunakan tapak tangan sehingga lumat dan mengeluarkan buih. Buih ini disapu pada perut bayi dan dibarut.

Selepas menggunakan pokok ini, pastikan tangan anda dicuci untuk mengelakkan keracunan. Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang mengandung kepada bayinya melalui uri. Simptom yang biasa di tunjukkan ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali yang disebabkan oleh alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut. Biasanya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari dari masa kejadian. Jadi, berhati-hati bila menggunakan tumbuhan ini..


#bawangbulat

Cara solat istikharah mesti kena tahu

Cara solat istikharah mesti kena tahu
Sekadar hiasan dari google


Jika anda masih ragu-ragu maka lakukanlah solat untuk istikharah sehingga mendapat ketetapan hati untuk membuat keputusan. Jika masih dalam keraguan juga, maka Insya Allah apa yang ditakdirkan selepas itu samada meneruskan atau tidak cita-cita tersebut mempunyai kebaikan dan taufik daripada Allah.

Cara Solat Istikharah

 

a.  Lafaz niatnya:

Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.


b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
  • Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
  • Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
  • Atau;
  • Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
  • Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

Doa solat sunat Istikharah

 




"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: 
“Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
Wallahua'lam.

#bawangbulat
Kredit :  panduanmalaysia.com
Sumber : ISLAM GRID, Doa Harian & shafiqolbu



Idea peluang berniaga dengan food truck jom baca


Idea peluang berniaga dengan food truck  jom baca
Asalnya doktor ni hanya nak tolong “sambung bayar” truck adiknya..


Tapi lain lak jadinya..

Dari hanya nak tolong, kini “dikejar” oleh peminat western food di area Kola T’ganu melalui bisnes foodtrucknya, sampaikan x ckup tangan dibuatnya..


Saya kenalkan Dr. Norzila..

Beliau menjalankan bisnes Food Truck Makang Sedak di area Kuala Terengganu.

Jom ikut perkongsiannya KLIK SINI...





Tips kuruskan badan anda

12 cara kuruskan badan yang terbukti berkesan (melalui kajian sains) untuk anda amal mulai hari ini. 
 

1 Cuba Diet Rendah-Karbohidrat, Tinggi Protein

 

Cara terbaik untuk anda turunkan berat badan dengan cepat adalah dengan diet rendah-karbo.

Tips kuruskan badan anda
Diet rendah-karbo turun 5.8 kg berbanding diet rendah-lemak 1.9 kg dalam tempoh sama 6 bulan.
Selera makan anda akan berkurangan apabila anda amalkan diet rendah-karbo dan secara tak langsung anda akan turun berat badan secara automatik.

Anda tak perlu lagi terlalu risau pengambilan kalori dan anda boleh makan sehingga kenyang, terasa lebih puas dalam masa yang sama turun berat badan.
Diet rendah-karbo memerlukan anda untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat (nasi, mee, roti, dll) dan gantikan dengan makanan yang tinggi dengan protein dan lemak (daging, ikan, telur, yogurt).
Anda mungkin tertanya-tanya berapa banyak jumlah karbohidrat perlu diambil dalam sehari?
Soalan yang baik.

Untuk anda yang ingin kekalkan berat badan, 100-150 grams sehari sudah cukup.
Tetapi jika anda ingin turunkan berat badan, 20-50 grams karbohidrat sehari adalah jumlah yang optimum untuk badan anda berada dalam keadaan ketosis (selera makan menurun).
Kajian menunjukkan anda berpotensi turun 2-3 lebih pantas dengan diet rendah-karbo ini.
Praktikkan: Makan makanan yang rendah karbohidrat - sayur (bayam, karot, tomato) dan tinggi protein- daging, ikan, ayam, telur.

2 Perhatikan Pengambilan Kalori (Tak Perlu Obses)

 

Apa itu kalori? Kalori ialah unit bagi tenaga. Tenaga ini lah yang akan digunakan untuk kita bernafas, bergerak, dan untuk sel-sel dalam badan berfungsi dengan baik.
Secara logiknya, kalori yang diambil mestilah lebih kurang daripada kalori yang dibakar.
Tetapi jika anda mengambil kalori secara berlebihan, kalori (tenaga) tersebut akan disimpan oleh badan dalam bentuk lemak.

Jadi anda perlu ambil tahu pengambilan kalori paling kurang seminggu sekali:

Langkah-1: Masukkan maklumat anda pada kalkulator kalori ini - jantina, berat, tinggi, umur, dan aktiviti. Sedentary lifestyle (tidak aktif), very active lifestyle (sangat aktif).

Kalkulator Kalori
Langkah-2: Letakkan target anda samada kekalkan berat badan atau turunkan berat.

Target Kalori
Langkah-3: Gunakan Cron-o-meter untuk kenalpasti jumlah kalori yang diambil dan dibakar.

Cronooometer
Harap dengan adanya diari makanan/senaman seperti ini anda akan lebih faham macam mana kalori mempengaruhi berat badan anda.
Praktikkan: Perhatikan jumlah kalori anda paling kurang seminggu sekali dengan Cron-O-Meter.


3 Minum Air, Terutama Sebelum Makan

 

Soalan yang biasa ditanya, berapa banyak air perlu diminum dalam sehari?
Jawapannya: Bergantung pada individu.
Tidak ada satu pun kajian sains yang dapat membuktikan berapa banyak jumlah air perlu diambil dalam sehari.
Jika anda seorang yang aktif atau jenis kuat berpeluh, pastikan anda minum lebih banyak air untuk gantikan air dalam badan yang telah hilang tersebut.
Tetapi, jika anda kurang aktif - kerja pejabat, kurang bersenam - pastikan anda minum air tidak kurang daripada 8 gelas sehari.

Minum Air
Untuk menurunkan berat badan, satu kajian menunjukkan seorang yang sedang diet dan minum 500ml air sebelum makan berjaya turun 44% lebih berat dalam masa dua minggu berbanding mereka yang tidak.
Satu lagi kajian, menyarankan untuk minum dua gelas air (500 ml) setengah jam sebelum makan supaya terasa lebih kenyang dan secara automatik mengawal pengambilan kalori.
Praktikkan: Minum dua gelas air setengah jam sebelum makan dan tidak kurang 8 gelas air sehari.


4 Bersarapan Dengan Telur

 

Telur mengandungi 77 kalori, 6 gram protein dan 5 gram lemak-sihat.
Yup, telur memang tinggi dengan kolesterol (212mg). Tapi tak bermakna tinggi kolesterol dalam diet menyebabkan tinggi kolesterol dalam darah.
High Density Lipoprotein (HDL) atau kebiasaannya dipanggil kolesterol “baik”, akan meningkat apabila anda mengambil telur dalam diet anda.
Individu yang mempunyai HDL yang tinggi kurang risiko untuk mengidap sakit jantung, kanser dan pelbagai lagi masalah kesihatan.
Bersarapan dengan telur akan membuatkan anda terasa lebih kenyang kerana telur tinggi dengan kandungan protein.
Kajian ke atas 30 wanita yang mempunyai masalah berat badan mendapati mereka akan rasa lebih kenyang dengan memakan telur sepanjang 36 jam kemudian dan akan makan kurang kalori.
Jadi, anda boleh makan 3 biji telur sehari (terutama waktu sarapan) kerana anda akan lebih kenyang sepanjang hari tersebut.

Sarapan Telur
Praktikkan: Makan tiga biji telur sehari terutama sewaktu sarapan.


5 Minum Air Kopi (Tanpa Gula)

 

Kopi mengandungi kafein - sejenis bahan psychoaktif yang meningkatkan fungsi mental dan fizikal.
Kafein tersebut akan merangsang sistem saraf untuk menghantar isyarat ke sel lemak untuk menghancurkan lemak yang ada dalam badan.
Malah, kafein dalam kopi ini meningkatkan prestasi senaman atlit sebanyak 11-12%.
Anda digalakkan untuk minum kopi setiap kali sebelum memulakan senaman untuk lebih bertenaga.

Kopi Tanpa Gula
Kopi juga meningkatkan kadar metabolisma badan 3-11% berdasarkan satu kajian.
Semakin tinggi metabolisma badan anda, semakin senang untuk anda kuruskan badan dan anda juga boleh makan lebih banyak tanpa ada kenaikan pada berat badan.
Kesimpulannya, minum 3-4 cawan kopi setiap hari amat membantu dalam usaha anda kuruskan badan - merangsang sistem saraf, menigkatkan prestasi senaman dan meningkatkan metabolisma anda.
Praktikkan: Minum tiga cawan kopi setiap hari. Elakkan daripada menggunakan gula untuk 'memaniskan' kopi sebaliknya gantikan dengan stevia.


6 Cara Kuruskan Badan: Teh Hijau

 

Minum teh hijau

Untuk membakar lemak di dalam badan, lemak tersebut perlu dihancurkan oleh sel lemak dan dihantar ke saluran darah untuk digunakan sebagai tenaga.
Contohnya, sel otot akan gunakan tenaga yang dihancurkan dari lemak tersebut untuk meregang dan mengecut semasa kita bergerak.
Jadi, dengan meminum teh hijau, sejenis hormon norepinephrine di dalam badan anda akan meningkat...
… dan memaksa sel lemak membakar lemak dengan lebih efektif. Anda akan berjaya kuruskan badan dengan cepat apabila anda amalkan meminum teh hijau setiap hari.
Kerana teh hijau juga membantu pembakaran kalori walaupun anda dalam keadaan rehat/ tidak bergerak.
Satu kajian telah dijalankan ke atas 240 orang lelaki dan wanita selama 12 minggu. Dalam kajian ini, kumpulan yang meminum teh hijau menunjukkan penurunan pada lemak badan, lemak di bahagian perut, dan ukur lilit pinggang lebih slim.
Pendek kata, teh hijau menyumbang kepada pembakaran lemak yang lebih efektif dan menghilangkan lemak terutama di bahagian abdomen (perut).
Praktikkan: Minum teh hijau (Boh, Lipton, Jasmine) setiap hari. Perah buah lemon untuk hilangkan rasa pahit teh hijau.


7 Banyakkan Sayuran Dan Buah-buahan

 

Sayur dan buah adalah makanan terbaik wujud di muka bumi - rendah kalori, tinggi serat, tinggi kandungan air dan sangat mengenyangkan.

Sayur dan Buah
Banyak hasil kajian menunjukkan, individu yang makan lebih banyak sayur dan buah didapati lebih sihat berbanding mereka yang tidak.

1.) Kebanyakkan sayur sangat rendah dengan kalori: bayam, sawi, timun, tomato, karot, dll. Pastikan anda mengambil sayur di dalam diet anda setiap hari.

2.) Dan buah tinggi dengan serat - sejenis khasiat yang menyebabkan anda terasa lebih kenyang kerana serat tidak dicerna oleh badan kita.
Apabila anda rasa lebih kenyang, secara automatik anda tak perlu risau tentang pengambilan kalori.
Anda digalakkan untuk makan banyak buah-buahan kerana khasiat yang sangat menakjubkan untuk tubuh kita.
Tetapi, jika anda ingin kuruskan badan (dengan diet rendah-karbo), dinasihatkan untuk tidak makan lebih daripada sebiji buah setiap hari kerana buah masih tinggi dengan karbohidrat.
Praktikkan: Makan banyak sayur (dua saiz penumbuk) setiap kali anda makan pagi, petang dan malam. Dan makan buah tidak lebih sebiji sehari.


8 Katakan Tidak Pada Gula

 

Terdapat dua jenis gula:
Pertama, gula semulajadi (good) - gula yang sudah wujud di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kedua, gula tambahan (bad) - gula yang ditambah di dalam makanan untuk menaikkan perasa seperti di dalam kek, makanan ringan, air berkarbonat, jus di dalam tin, gula-gula, air kordial, ais-krim dsb.

Ais Krim
Adakah perlu tinggalkan terus pengambilan gula? Berapa banyak yang dikira masih ok?
Berdasarkan American Heart Association (AHA), jumlah maksimum yang dibenarkan untuk pengambilan gula dalam sehari:
Lelaki: 150 kalori per hari
Wanita: 100 kalori per hari
Untuk lebih jelas, air tin coke 355ml mengandungi 140 kalori yang datang dari gula dan snickers saiz regular mengandungi 120 kalori yang datangnya dari gula.
Gula tambahan (spt di dalam kek, ais-krim, air gas) tidak memberi nutrisi yang seimbang untuk tubuh anda...
… Jadi, jika anda ingin kuruskan badan dan sihat, tinggalkan segala jenis makanan yang mengandungi gula tambahan.
Cadangan-1: Google resepi-resepi masakan yang menarik yang boleh melupakan ketagihan anda pada makanan ringan.

Google Resepi Masakan
Cadangan-2: Gantikan daripada menggunakan gula (sebagai penambah rasa) di dalam minuman anda dengan lemon/ halia/ vanilla ataupun stevia.
Semakin kurang pengambilan gula tambahan, semakin sihat tubuh anda.
Praktikkan: Jangan ambil gula lebih 150 kalori sehari bagi lelaki dan 100 kalori sehari bagi wanita.


9 Buat Sedikit Senaman Aerobik (Cardio)

 

Senaman aerobik sangat berkesan untuk anda kuruskan badan dengan cara betul dan membakar lemak terutama di bahagian perut.
Tapi jangan tersalah faham. Fokus hanya pada satu bahagian (contoh perut) sahaja untuk menghilangkan lemak tidak akan berhasil.
Dalam satu kajian, senaman selama 6 minggu yang fokus pada bahagian abdomen semata-mata tidak menunjukkan sebarang perubahan pada ukur lilit pinggang dan tiada penurunan lemak yang ketara.
Tetapi, dengan melakukan senaman cardio seperti berjalan, berlari, berenang - telah menunjukkan pengurangan lemak di bahagian perut menurut beberapa kajian.

Mula Berlari
Praktikkan: Lakukan senaman paling kurang sekali seminggu. Untuk hasil terbaik bersenam 3 kali seminggu (cth isnin, rabu, sabtu) dengan 30 minit setiap sesi.


10 Tidur Dengan Cukup (8 jam Sehari)

 

Kajian menunjukkan tidur yang tidak cukup memberi risiko 89% untuk terjadinya obesiti pada kanak-kanak dan 55% pada dewasa.
Tidur yang tidak cukup juga antara punca kenaikan berat badan.
Lebih teruk, mereka mempunyai selera makan yang lebih tinggi dan cenderung untuk makan lebih kalori apabila tidur yang tidak cukup.
Jadi, cuba usahakan untuk tidur yang secukupnya (lebih kurang 8 jam) setiap hari.

Tidur 8 Jam
Tempoh 8 jam ini mungkin agak mustahil untuk pekerja shif, orang bujang, ibu bapa yang mempunyai anak kecil…
… tetapi sehabis boleh rancang jadual anda untuk dapatkan tidur yang berkualiti selama 8 jam.
Dan waktu disarankan untuk masuk tidur adalah antara 10-12 malam.
Praktikkan: Dapatkan tidur 8 jam yang berkualiti setiap hari. Caranya, kemas tempat tidur supaya bersih dan selesa, gelapkan bilik, dan ambil wudhuk!


11 Guna Pinggan Lebih Kecil

 

Piggan Lebih Kecil
Pelik tapi berkesan.
Contoh, anda ingin kuruskan badan tanpa makan nasi (atau tak lebih segenggam nasi), gunakan pinggan lebih kecil amat membantu.
Anda akan makan kurang kalori dengan tip kuruskan badan ini. Cuba lah kalau tak percaya.
Praktikkan: Hidang makanan anda dalam pinggan yang lebih kecil.


12 Banyakkan Protein (Best Tips Ever!)

 

Protein is a king.
Protein digunakan untuk membina otot, tendon, organ, enzyme, hormon dan banyak lagi fungsi protein untuk tubuh kita.
Dan protein memainkan peranan utama dalam proses anda mengurangkan berat badan.
Protein lebih mengenyangkan daripada mana-mana karbohidrat atau lemak. Dan selera makan anda akan berkurang apabila mengambil protein dalam diet.
Dalam satu kajian pada lelaki obes, protein pada 25% kalori memberi rasa lebih kenyang, mengurangkan keinginan makan lewat malam dan kurang berfikir pasal makanan setinggi 60%.
Banyak lagi kebaikan protein… antaranya meningkatkan metabolisma sehingga 80-100 kalori per hari, membina/menguatkan otot bagi ahli bina badan, dll.
Anda boleh makan daging, ikan, ayam, udang, telur, brokoli, produk tenusu (mentega, keju, yougurt, air, susu kambing, susu lembu,) kekacang, oat - dan banyak lagi.
Daging Protein
Jika anda bermasalah untuk dapatkan protein yang cukup, boleh ambil supplemen tambahan Whey Protein yang sangat terkenal di kalangan atlit sukan, model kesihatan dan ahli bina badan.
Praktikkan: Makan baaaanyakk protein (dua saiz penumbuk untuk lelaki dan satu saiz penumbuk untuk wanita) setiap kali anda makan pagi, petang dan malam.
Kredit : stailoo.com