CARA NAK MASAK PULUT KUNING

 
CARA NAK MASAK PULUT KUNING

Bahan-Bahan:

  • 500g beras pulut
  • 1 sudu kecil kunyit
  • air secukupnya, untuk rendam pulut
  • 2 cawan santan pekat
  • garam secukup rasa
  • 3-4 helai daun pandan

Cara Penyediaan:

  1. Rendam pulut yang digaul bersama kunyit sehingga lembut atau semalaman. Minimum 6 jam.
  2. Toskan pulut (buang airnya). Susun daun pandan di atas dulang pengukus dan letak beras pulut di atasnya.
  3. Panaskan pengukus, dan kukus beras pulut selama 1/2 jam atau sehingga lembut. Angkat dan masukkan di dalam mangkuk besar.
  4. Kacau santan bersama garam secukup rasa. Tuang santan ke dalam pulut dan rehatkan sehingga santan meresap. Gemburkan pulut dengan garfu dan sedia untuk dihidang. 


SERUNDING DAGING JOM BACA RESEPINYA

SERUNDING DAGING JOM BACA RESEPINYA


BAHAN-BAHAN:


๐Ÿ“Œ500 gm daging- direbus dan disiat halus
๐Ÿ“Œ100 gm serbuk kari
๐Ÿ“Œ50 gm jintan manis
๐Ÿ“Œ50 gm jintan putih
๐Ÿ“Œ50 gm serbuk ketumbar
๐Ÿ“Œ100 gm cili kering yang telah dikisar
๐Ÿ“Œ200 ml santan
๐Ÿ“Œ250 ml minyak masak
๐Ÿ“ŒGaram secukup rasa
๐Ÿ“ŒGula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR


๐Ÿ“Œ3 cm lengkuas
๐Ÿ“Œ3 cm halia
๐Ÿ“Œ100 gm bawang merah
๐Ÿ“Œ60 gm bawang putih
๐Ÿ“Œ5 batang serai
๐Ÿ“Œ60 gm kunyit hidup

CARA MEMASAKNYA:

๐Ÿญ1. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga garing.

๐Ÿญ2. Kemudian masukkan cili kering, serbuk kari, jintan manis, jintan putih dan ketumbar.

๐Ÿญ3. Setelah garing, masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.

๐Ÿญ4. Kemudian masukkan daging yang telah disiat-siat tadi bersama dengan garam dan gula secukup rasa.

๐Ÿญ5. Masak sehingga kering menggunakan api yang perlahan dan sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA...



cara melukis peta lakar jom belajar

1. Buka fail jpeg tentang imej kawasan kajian yang disimpan dari google earth.

2. Cetak imej kawasan kajian tersebut.



cara melukis peta lakar jom belajar

3. Kertas karbon untuk diletak di bawah imej google earth. 



4. ”Trace” atau lukis imej tersebut ke atas Kertas putih A4 dengan menggunakan simbol yang dipelajari dari buku teks. Warnakan.



Peta lakar anda perlu mempunyai:


1. Simbol
Guna simbol yang telah dipelajari dari buku teks - simbol ciri fizikal dan ciri budaya.
(a) Simbol ciri fizikal adalah seperti hutan, belukar, kawasan rumput, sungai, tasik, garisan kontur yang menunjukkan kawasan tanah tinggi, dsb.
(b) Simbol ciri budaya pula, boleh guna simbol kawasan, simbol titik, simbol garisan atau singkatan.

2. Petunjuk
Sediakan petunjuk untuk simbol yang digunakan dalam peta.

3. Kedudukan
Untuk menunjukkan kedudukan kawasan kajian dengan lebih tepat, sila labelkan nama jalan atau nama bangunan yang strategik dalam peta.

4. Tajuk
Sediakan tajuk untuk peta kawasan kajian, Contohnya: Peta Kawasan Kajian Batu Tiga Kuching

5. Bingkai peta (frame)
Lukiskan bingkai untuk peta anda.

6. Arah mata angin
Sediakan arah mata angin dalam peta lakar ini.


Kredit : geogarang1.blogspot.my

Daging Bakar Ala Thai

Resepi Daging Bakar Ala Thai

Bahan:


Daging 1/4 Kilo (Selalu kami beli daging segar)
Bawang Putih 3 ulas
Bawang Merah 1 ulas
Kicap Manis 2 sudu Besar
Sos Tiram 1 sudu Besar
Garam secukup rasa
Gula jika perlu
Serai 1 Batang



Cara buat :

Kisar bawang putih, bawang merah, serai, garam dan gula sampai lumat. kemudian campurkan kicap manis dan sos tiram. Gaul rata kesemua bahan bersama daging. masukkan dalam bekas/zipper bag, dan perapkan selama 3 jam di dalam peti ais. makin lama perapan, makin sedap rasanya. Sebelum bakar, grill sedikit daging atas pan bagi luaran nya masak sedikit, kemudian baru bakarkan dalam oven. tujuannya untuk mengekalkan juice daging dan menjadikan daging lembut.

Air Asam

Cili Padi ikut suka nak pedas mana
Cili Merah
Belacan
Bawang Putih 2 ulas
Bawang Besar 1 biji
Gula 1/2 sudu kecil
Garam secukup rasa
Limau nipis 1 biji
Air Asam Jawa

Masukkan semua bahan dalam blender, kisar sampai lumat. siap!

Pokok Kapal Terbang apa perlu kita tahu

Pokok Kapal Terbang apa perlu kita tahu


๐Ÿ€Pokok Kapal Terbang
Nama Botani : Chromolaena odorata / Eupatorium odoratum L.
Nama Lain : Pokok Jepun, Pokok Busuk-busuk, Serunai, Seketam Bukit, Siam Weed, Christmas Bush, Bitter Bush, Aeroplane plant, Baby Tea.
Famili: Asteraceae, Compositae

๐ŸฎPengenalan

Pokok kapal terbang adalah sejenis tumbuhan yang berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Namanya agak unik dan tidak diketahui mengapa ia dinamakan sedemikian. Tetapi mengikut cerita orang-orang terdahulu, benih pokok ini tersebar dengan cara yang tidak disengajakan dari Benua Amerika. Biji benih pokok ini terlekat pada tayar kapal terbang British pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu (Malaya ketika itu). Ia biasa tumbuh dikawasan yang terbuka dan tidak tumbuh di kawasan yang terlindung atau dinaungi oleh pokok-pokok lain. Tumbuhan ini berbatang lembut dengan bahagian dalam batangnya mengandungi gabus berwarna putih. Ia mampu tumbuh disemua jenis tanah. Keseluruhan pokok ini berbau agak busuk.

๐ŸฎKegunaan

Tumbuhan ini ialah sejenis tumbuhan beracun yang boleh menyebabkan kerosakan hati terutamanya kepada kanak-kanak. Daun kapal terbang yang dilumatkan dengan tapak tangan boleh dijadikan ubat luka dengan menampal di tempat luka. Ia mampu menghentikan pengaliran darah untuk luka kecil. Daun kapalterbang merupakan ubat yang mujarab untuk meredakan kembung perut dan cirit birit pada bayi. Daun kapal terbang dan kapur dikisar menggunakan tapak tangan sehingga lumat dan mengeluarkan buih. Buih ini disapu pada perut bayi dan dibarut.

Selepas menggunakan pokok ini, pastikan tangan anda dicuci untuk mengelakkan keracunan. Keracunan ini juga boleh dipindahkan oleh ibu yang mengandung kepada bayinya melalui uri. Simptom yang biasa di tunjukkan ialah sakit perut yang teramat sangat, muntah dan hepatomegali yang disebabkan oleh alkaloid pyrolizidin yang terdapat pada keseluruhan pokok tersebut. Biasanya simptom ini hanya dapat dikesan selepas beberapa hari dari masa kejadian. Jadi, berhati-hati bila menggunakan tumbuhan ini..


#bawangbulat

Cara solat istikharah mesti kena tahu

Cara solat istikharah mesti kena tahu
Sekadar hiasan dari google


Jika anda masih ragu-ragu maka lakukanlah solat untuk istikharah sehingga mendapat ketetapan hati untuk membuat keputusan. Jika masih dalam keraguan juga, maka Insya Allah apa yang ditakdirkan selepas itu samada meneruskan atau tidak cita-cita tersebut mempunyai kebaikan dan taufik daripada Allah.

Cara Solat Istikharah

 

a.  Lafaz niatnya:

Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.


b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
  • Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
  • Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
  • Atau;
  • Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
  • Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).

c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.

e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.

f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:

Doa solat sunat Istikharah

 




"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatilah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".
(sebutkan urusan yang dimaksudkan di tempat yang bertitik).

g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: 
“Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 

h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.

i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
Wallahua'lam.

#bawangbulat
Kredit :  panduanmalaysia.com
Sumber : ISLAM GRID, Doa Harian & shafiqolbu



Idea peluang berniaga dengan food truck jom baca


Idea peluang berniaga dengan food truck  jom baca
Asalnya doktor ni hanya nak tolong “sambung bayar” truck adiknya..


Tapi lain lak jadinya..

Dari hanya nak tolong, kini “dikejar” oleh peminat western food di area Kola T’ganu melalui bisnes foodtrucknya, sampaikan x ckup tangan dibuatnya..


Saya kenalkan Dr. Norzila..

Beliau menjalankan bisnes Food Truck Makang Sedak di area Kuala Terengganu.

Jom ikut perkongsiannya KLIK SINI...





Tips kuruskan badan anda

12 cara kuruskan badan yang terbukti berkesan (melalui kajian sains) untuk anda amal mulai hari ini. 
 

1 Cuba Diet Rendah-Karbohidrat, Tinggi Protein

 

Cara terbaik untuk anda turunkan berat badan dengan cepat adalah dengan diet rendah-karbo.

Tips kuruskan badan anda
Diet rendah-karbo turun 5.8 kg berbanding diet rendah-lemak 1.9 kg dalam tempoh sama 6 bulan.
Selera makan anda akan berkurangan apabila anda amalkan diet rendah-karbo dan secara tak langsung anda akan turun berat badan secara automatik.

Anda tak perlu lagi terlalu risau pengambilan kalori dan anda boleh makan sehingga kenyang, terasa lebih puas dalam masa yang sama turun berat badan.
Diet rendah-karbo memerlukan anda untuk mengurangkan pengambilan karbohidrat (nasi, mee, roti, dll) dan gantikan dengan makanan yang tinggi dengan protein dan lemak (daging, ikan, telur, yogurt).
Anda mungkin tertanya-tanya berapa banyak jumlah karbohidrat perlu diambil dalam sehari?
Soalan yang baik.

Untuk anda yang ingin kekalkan berat badan, 100-150 grams sehari sudah cukup.
Tetapi jika anda ingin turunkan berat badan, 20-50 grams karbohidrat sehari adalah jumlah yang optimum untuk badan anda berada dalam keadaan ketosis (selera makan menurun).
Kajian menunjukkan anda berpotensi turun 2-3 lebih pantas dengan diet rendah-karbo ini.
Praktikkan: Makan makanan yang rendah karbohidrat - sayur (bayam, karot, tomato) dan tinggi protein- daging, ikan, ayam, telur.

2 Perhatikan Pengambilan Kalori (Tak Perlu Obses)

 

Apa itu kalori? Kalori ialah unit bagi tenaga. Tenaga ini lah yang akan digunakan untuk kita bernafas, bergerak, dan untuk sel-sel dalam badan berfungsi dengan baik.
Secara logiknya, kalori yang diambil mestilah lebih kurang daripada kalori yang dibakar.
Tetapi jika anda mengambil kalori secara berlebihan, kalori (tenaga) tersebut akan disimpan oleh badan dalam bentuk lemak.

Jadi anda perlu ambil tahu pengambilan kalori paling kurang seminggu sekali:

Langkah-1: Masukkan maklumat anda pada kalkulator kalori ini - jantina, berat, tinggi, umur, dan aktiviti. Sedentary lifestyle (tidak aktif), very active lifestyle (sangat aktif).

Kalkulator Kalori
Langkah-2: Letakkan target anda samada kekalkan berat badan atau turunkan berat.

Target Kalori
Langkah-3: Gunakan Cron-o-meter untuk kenalpasti jumlah kalori yang diambil dan dibakar.

Cronooometer
Harap dengan adanya diari makanan/senaman seperti ini anda akan lebih faham macam mana kalori mempengaruhi berat badan anda.
Praktikkan: Perhatikan jumlah kalori anda paling kurang seminggu sekali dengan Cron-O-Meter.


3 Minum Air, Terutama Sebelum Makan

 

Soalan yang biasa ditanya, berapa banyak air perlu diminum dalam sehari?
Jawapannya: Bergantung pada individu.
Tidak ada satu pun kajian sains yang dapat membuktikan berapa banyak jumlah air perlu diambil dalam sehari.
Jika anda seorang yang aktif atau jenis kuat berpeluh, pastikan anda minum lebih banyak air untuk gantikan air dalam badan yang telah hilang tersebut.
Tetapi, jika anda kurang aktif - kerja pejabat, kurang bersenam - pastikan anda minum air tidak kurang daripada 8 gelas sehari.

Minum Air
Untuk menurunkan berat badan, satu kajian menunjukkan seorang yang sedang diet dan minum 500ml air sebelum makan berjaya turun 44% lebih berat dalam masa dua minggu berbanding mereka yang tidak.
Satu lagi kajian, menyarankan untuk minum dua gelas air (500 ml) setengah jam sebelum makan supaya terasa lebih kenyang dan secara automatik mengawal pengambilan kalori.
Praktikkan: Minum dua gelas air setengah jam sebelum makan dan tidak kurang 8 gelas air sehari.


4 Bersarapan Dengan Telur

 

Telur mengandungi 77 kalori, 6 gram protein dan 5 gram lemak-sihat.
Yup, telur memang tinggi dengan kolesterol (212mg). Tapi tak bermakna tinggi kolesterol dalam diet menyebabkan tinggi kolesterol dalam darah.
High Density Lipoprotein (HDL) atau kebiasaannya dipanggil kolesterol “baik”, akan meningkat apabila anda mengambil telur dalam diet anda.
Individu yang mempunyai HDL yang tinggi kurang risiko untuk mengidap sakit jantung, kanser dan pelbagai lagi masalah kesihatan.
Bersarapan dengan telur akan membuatkan anda terasa lebih kenyang kerana telur tinggi dengan kandungan protein.
Kajian ke atas 30 wanita yang mempunyai masalah berat badan mendapati mereka akan rasa lebih kenyang dengan memakan telur sepanjang 36 jam kemudian dan akan makan kurang kalori.
Jadi, anda boleh makan 3 biji telur sehari (terutama waktu sarapan) kerana anda akan lebih kenyang sepanjang hari tersebut.

Sarapan Telur
Praktikkan: Makan tiga biji telur sehari terutama sewaktu sarapan.


5 Minum Air Kopi (Tanpa Gula)

 

Kopi mengandungi kafein - sejenis bahan psychoaktif yang meningkatkan fungsi mental dan fizikal.
Kafein tersebut akan merangsang sistem saraf untuk menghantar isyarat ke sel lemak untuk menghancurkan lemak yang ada dalam badan.
Malah, kafein dalam kopi ini meningkatkan prestasi senaman atlit sebanyak 11-12%.
Anda digalakkan untuk minum kopi setiap kali sebelum memulakan senaman untuk lebih bertenaga.

Kopi Tanpa Gula
Kopi juga meningkatkan kadar metabolisma badan 3-11% berdasarkan satu kajian.
Semakin tinggi metabolisma badan anda, semakin senang untuk anda kuruskan badan dan anda juga boleh makan lebih banyak tanpa ada kenaikan pada berat badan.
Kesimpulannya, minum 3-4 cawan kopi setiap hari amat membantu dalam usaha anda kuruskan badan - merangsang sistem saraf, menigkatkan prestasi senaman dan meningkatkan metabolisma anda.
Praktikkan: Minum tiga cawan kopi setiap hari. Elakkan daripada menggunakan gula untuk 'memaniskan' kopi sebaliknya gantikan dengan stevia.


6 Cara Kuruskan Badan: Teh Hijau

 

Minum teh hijau

Untuk membakar lemak di dalam badan, lemak tersebut perlu dihancurkan oleh sel lemak dan dihantar ke saluran darah untuk digunakan sebagai tenaga.
Contohnya, sel otot akan gunakan tenaga yang dihancurkan dari lemak tersebut untuk meregang dan mengecut semasa kita bergerak.
Jadi, dengan meminum teh hijau, sejenis hormon norepinephrine di dalam badan anda akan meningkat...
… dan memaksa sel lemak membakar lemak dengan lebih efektif. Anda akan berjaya kuruskan badan dengan cepat apabila anda amalkan meminum teh hijau setiap hari.
Kerana teh hijau juga membantu pembakaran kalori walaupun anda dalam keadaan rehat/ tidak bergerak.
Satu kajian telah dijalankan ke atas 240 orang lelaki dan wanita selama 12 minggu. Dalam kajian ini, kumpulan yang meminum teh hijau menunjukkan penurunan pada lemak badan, lemak di bahagian perut, dan ukur lilit pinggang lebih slim.
Pendek kata, teh hijau menyumbang kepada pembakaran lemak yang lebih efektif dan menghilangkan lemak terutama di bahagian abdomen (perut).
Praktikkan: Minum teh hijau (Boh, Lipton, Jasmine) setiap hari. Perah buah lemon untuk hilangkan rasa pahit teh hijau.


7 Banyakkan Sayuran Dan Buah-buahan

 

Sayur dan buah adalah makanan terbaik wujud di muka bumi - rendah kalori, tinggi serat, tinggi kandungan air dan sangat mengenyangkan.

Sayur dan Buah
Banyak hasil kajian menunjukkan, individu yang makan lebih banyak sayur dan buah didapati lebih sihat berbanding mereka yang tidak.

1.) Kebanyakkan sayur sangat rendah dengan kalori: bayam, sawi, timun, tomato, karot, dll. Pastikan anda mengambil sayur di dalam diet anda setiap hari.

2.) Dan buah tinggi dengan serat - sejenis khasiat yang menyebabkan anda terasa lebih kenyang kerana serat tidak dicerna oleh badan kita.
Apabila anda rasa lebih kenyang, secara automatik anda tak perlu risau tentang pengambilan kalori.
Anda digalakkan untuk makan banyak buah-buahan kerana khasiat yang sangat menakjubkan untuk tubuh kita.
Tetapi, jika anda ingin kuruskan badan (dengan diet rendah-karbo), dinasihatkan untuk tidak makan lebih daripada sebiji buah setiap hari kerana buah masih tinggi dengan karbohidrat.
Praktikkan: Makan banyak sayur (dua saiz penumbuk) setiap kali anda makan pagi, petang dan malam. Dan makan buah tidak lebih sebiji sehari.


8 Katakan Tidak Pada Gula

 

Terdapat dua jenis gula:
Pertama, gula semulajadi (good) - gula yang sudah wujud di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.
Kedua, gula tambahan (bad) - gula yang ditambah di dalam makanan untuk menaikkan perasa seperti di dalam kek, makanan ringan, air berkarbonat, jus di dalam tin, gula-gula, air kordial, ais-krim dsb.

Ais Krim
Adakah perlu tinggalkan terus pengambilan gula? Berapa banyak yang dikira masih ok?
Berdasarkan American Heart Association (AHA), jumlah maksimum yang dibenarkan untuk pengambilan gula dalam sehari:
Lelaki: 150 kalori per hari
Wanita: 100 kalori per hari
Untuk lebih jelas, air tin coke 355ml mengandungi 140 kalori yang datang dari gula dan snickers saiz regular mengandungi 120 kalori yang datangnya dari gula.
Gula tambahan (spt di dalam kek, ais-krim, air gas) tidak memberi nutrisi yang seimbang untuk tubuh anda...
… Jadi, jika anda ingin kuruskan badan dan sihat, tinggalkan segala jenis makanan yang mengandungi gula tambahan.
Cadangan-1: Google resepi-resepi masakan yang menarik yang boleh melupakan ketagihan anda pada makanan ringan.

Google Resepi Masakan
Cadangan-2: Gantikan daripada menggunakan gula (sebagai penambah rasa) di dalam minuman anda dengan lemon/ halia/ vanilla ataupun stevia.
Semakin kurang pengambilan gula tambahan, semakin sihat tubuh anda.
Praktikkan: Jangan ambil gula lebih 150 kalori sehari bagi lelaki dan 100 kalori sehari bagi wanita.


9 Buat Sedikit Senaman Aerobik (Cardio)

 

Senaman aerobik sangat berkesan untuk anda kuruskan badan dengan cara betul dan membakar lemak terutama di bahagian perut.
Tapi jangan tersalah faham. Fokus hanya pada satu bahagian (contoh perut) sahaja untuk menghilangkan lemak tidak akan berhasil.
Dalam satu kajian, senaman selama 6 minggu yang fokus pada bahagian abdomen semata-mata tidak menunjukkan sebarang perubahan pada ukur lilit pinggang dan tiada penurunan lemak yang ketara.
Tetapi, dengan melakukan senaman cardio seperti berjalan, berlari, berenang - telah menunjukkan pengurangan lemak di bahagian perut menurut beberapa kajian.

Mula Berlari
Praktikkan: Lakukan senaman paling kurang sekali seminggu. Untuk hasil terbaik bersenam 3 kali seminggu (cth isnin, rabu, sabtu) dengan 30 minit setiap sesi.


10 Tidur Dengan Cukup (8 jam Sehari)

 

Kajian menunjukkan tidur yang tidak cukup memberi risiko 89% untuk terjadinya obesiti pada kanak-kanak dan 55% pada dewasa.
Tidur yang tidak cukup juga antara punca kenaikan berat badan.
Lebih teruk, mereka mempunyai selera makan yang lebih tinggi dan cenderung untuk makan lebih kalori apabila tidur yang tidak cukup.
Jadi, cuba usahakan untuk tidur yang secukupnya (lebih kurang 8 jam) setiap hari.

Tidur 8 Jam
Tempoh 8 jam ini mungkin agak mustahil untuk pekerja shif, orang bujang, ibu bapa yang mempunyai anak kecil…
… tetapi sehabis boleh rancang jadual anda untuk dapatkan tidur yang berkualiti selama 8 jam.
Dan waktu disarankan untuk masuk tidur adalah antara 10-12 malam.
Praktikkan: Dapatkan tidur 8 jam yang berkualiti setiap hari. Caranya, kemas tempat tidur supaya bersih dan selesa, gelapkan bilik, dan ambil wudhuk!


11 Guna Pinggan Lebih Kecil

 

Piggan Lebih Kecil
Pelik tapi berkesan.
Contoh, anda ingin kuruskan badan tanpa makan nasi (atau tak lebih segenggam nasi), gunakan pinggan lebih kecil amat membantu.
Anda akan makan kurang kalori dengan tip kuruskan badan ini. Cuba lah kalau tak percaya.
Praktikkan: Hidang makanan anda dalam pinggan yang lebih kecil.


12 Banyakkan Protein (Best Tips Ever!)

 

Protein is a king.
Protein digunakan untuk membina otot, tendon, organ, enzyme, hormon dan banyak lagi fungsi protein untuk tubuh kita.
Dan protein memainkan peranan utama dalam proses anda mengurangkan berat badan.
Protein lebih mengenyangkan daripada mana-mana karbohidrat atau lemak. Dan selera makan anda akan berkurang apabila mengambil protein dalam diet.
Dalam satu kajian pada lelaki obes, protein pada 25% kalori memberi rasa lebih kenyang, mengurangkan keinginan makan lewat malam dan kurang berfikir pasal makanan setinggi 60%.
Banyak lagi kebaikan protein… antaranya meningkatkan metabolisma sehingga 80-100 kalori per hari, membina/menguatkan otot bagi ahli bina badan, dll.
Anda boleh makan daging, ikan, ayam, udang, telur, brokoli, produk tenusu (mentega, keju, yougurt, air, susu kambing, susu lembu,) kekacang, oat - dan banyak lagi.
Daging Protein
Jika anda bermasalah untuk dapatkan protein yang cukup, boleh ambil supplemen tambahan Whey Protein yang sangat terkenal di kalangan atlit sukan, model kesihatan dan ahli bina badan.
Praktikkan: Makan baaaanyakk protein (dua saiz penumbuk untuk lelaki dan satu saiz penumbuk untuk wanita) setiap kali anda makan pagi, petang dan malam.
Kredit : stailoo.com

Ketahui rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan

Ketahui rahsia untuk lulus temuduga kerja kerajaan
Gambar sekadar hiasan dari google

 

KETAHUI "RAHSIA SULIT" BAGAIMANA ANDA BOLEH LULUS TEMUDUGA KERAJAAN DENGAN MUDAH, TANPA MENGGUNAKAN SEBARANG "KABEL" ATAU BANTUAN DARI "ORANG DALAM"


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat sahabatku,
Sememangnya,bekerja sebagai penjawat awam adalah merupakan impian ramai orang. Sama ada bagi yang baru sahaja tamat belajar, yang sedang belajar, malah yang sudah bekerja pun masih lagi mahu merebut jawatan di jabatan kerajaan. Maklumlah, kerja dengan kerajaan ini sememangnya ada banyak kelebihannya.

Mungkin ini kali pertama anda dipanggil untuk menghadiri temuduga kerja kerajaan ini! 

Atau mungkin juga ini kali kedua atau ketiga anda dipanggil untuk temuduga!

Saya faham, sememangnya ada banyak persoalan serta kerungsingan yang bermain di fikiran anda pada waktu ini!
Risau, gementar, tidak tahu apa persediaan yang perlu dilakukan.. apakah soalan-soalan yang mungkin akan ditanya? Apa pula jawapan yang perlu diberikan? 

Semuanya bercampur baru, tetapi dalam waktu yang sama.. anda juga turut berasa gembira kerana telah terpilih untuk ke sesi temuduga!
Jadi, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada anda...


TAHNIAH! Kerana Terpilih Untuk Ke Sesi Temuduga!

 

Imipian anda untuk menyertai pasukan penjawat awam kini sudah semakin hampir!
Hanya tinggal satu langkah sahaja lagi untuk anda diterima masuk sebagai penjawat awam.

Sememangnya, terdapat banyak kelebihan jika anda berjaya menjawat jawatan sebagai kakitangan kerajaan.

  • Tawaran gaji permulaan yang lumayan serta kenaikan gaji tahunan berdasarkan prestasi
  • Kemudahan perubatan sehingga selepas umur persaraan termasuk ibu bapa sendiri, pasangan dan anak-anak
  • Pemberian imbuhan-imbuhan tetap seperti perumahan dan perkhidmatan awam pada setiap bulan
  • Kemudahan pinjaman rumah, kenderaan dan komputer dengan kos pengurusan yang rendah
  • Kemudahan cuti bersalin sehingga 90 hari untuk wanita
  • Peluang kenaikan pangkat dan laluan kerjaya yang menarik
  • Peluang melanjutkan pelajaran sehingga peringkat Doktor Falsafah (PhD)
  • Pemberian Cost of Living Allowance (COLA)
  • Mendapat taraf jawatan tetap selepas tamat tempoh percubaan
  • Kemudahan pencen untuk menampung kos kehidupan selepas bersara
  • Ganjaran-ganjaran atas kesetiaan perkhidmatan
Namun begitu, ramai yang tersilap langkah dan tersungkur pada langkah ini! 

 Baca selanjutnya Klik Sini...



Cara hilang jerawat mesti baca

Ketahui caranya iaitu :

1. Pes serbuk kunyit
Titiskan sedikit air pada sesudu serbuk kunyit dan sapu pada jerawat beberapa minit. Lakukan sehingga hilang jerawat.


2. Jus daun pudina
Blend daun pudina bersama sedikit air. Tapis airnya dan sapu pada seluruh muka. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman.


3. Jus buah lemon
Perah jus lemon dan dengan mengguna bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.


4. Bawang putih
Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat.Jus ini mengandungi sulfur yang merawat jerawat dengan cepat.
hilangkan sakit gigi


5. Ubat gigi
Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.


6. Wap panas
Letak air panas dalam besen dan lalukan bahagian jerawat pada wap panas.Bukan sahaja menghilangkan jerawat malah menjadikan kulit muka bertambah seri.


7. Pek ais
Letak ais pada jerawat. Ia akan membantu mengecilkan jerawat.


8. Pes serbuk kayu manis
Letak sesudu madu atau jus lemon pada dua sudu serbuk kayu manis dan sapu pada jerawat.Sebaiknya guna pes serbuk kayu manis ini sebelum masuk tidur.


9. Kulit buah oren
Blend kulit oren bersama air. Ambil pes oren dan sapu pada jerawat.


10. Madu
Ambil sedikit madu mengguna bebola kapas dan tekap pada jerawat.
Pastikan madu yang asli.Pastikan madu yang asli

 
11. Jus timun

Hiris timun dan rendam dalam air selama sejam. Kemudian minum airnya.
minum air timun

Semuanya bahan semulajadi, tak perlu was-was lagi!

Mudah kan? Petua hilangkan jerawat ini boleh digunakan untuk pelagai peringkat umur kerana ianya hanya menggunakan bahan semulajadi.

Apa pun, pastikan muka dicuci dengan bersih sebelum masuk tidur supaya jerawat tak cepat timbul.

Ini kerana mekap, minyak dan debu yang melekat sepanjang hari jika tidak dibersihkan menambah risiko untuk mendapat jerawat dengan mudah.




1. Baking Soda

Baking soda dapat menetralkan keasaman kulit sehingga bakteri penyebab jerawat tidak mampu hidup lama pada wajah anda. Tidak hanya membunuh bakteri, baking soda juga dapat mengikis sel kulit mati dan membersihkan pori – pori yang tersumbat serta menyerap minyak berlebih.

  1. Buatlah pasta baking soda dengan mencampur 2 sendok makan baking soda dengan 1 sendok makan air,  kemudian oleskan pada area kulit wajah yang berjerawat
  2. Biarkan pada wajah selama kurang lebih 15 menit kemudian bilas dengan air hangat dan keringkan
Perlu diperhatikan, sebelum menggunakan pasta baking soda sebaiknya anda mengecek terlebih dahulu reaksinya pada kulit anda. Oleskan sedikit pasta pada sebagian area wajah. Jika tidak muncul reaksi kulit yang kemerahan, maka pemakaian bisa dilanjutkan.


2. Lemon

cara menghilangkan jerawat
Asam askorbat-L yang terkandung dalam lemon dapat mengurangi masalah peradangan pada kulit berjerawat serta membersihkan pori – pori wajah yang tersumbat. Lemon juga dikenal baik sebagai pencerah kulit dan penghilang noda pada wajah.

  1. Siapkan satu buah lemon
  2. Tekan sedikit lemon, potong menjadi dua bagian, lalu peras
  3. Oleskan pada wajah anda
  4. Biarkan selama 15 menit kemudian bilas dengan air dingin dan keringkan dengan handuk
  5. Lakukan perawatan ini secara rutin sekali dalam sehari untuk mengatasi masalah jerawat

3. Pasta gigi

 

Fluoride, triclosan, hidrogen peroksida adalah beberapa bahan aktif dalam pasta gigi yang dapat mencegah iritasi kulit, mengeringkan jerawat dan mengurangi peradangan pada wajah. Cara menggunakan pasta gigi sebagai obat jerawat juga sangat mudah.

  1. Oleskan pasta gigi langsung pada jerawat dan hindari mengoleskan pasta gigi ke seluruh area kulit wajah
  2. Biarkan selama kurang lebih 2 jam atau semalaman
  3. Bilas wajah dengan air dingin dan keringkan
Sebaiknya hindari penggunaan pasta gigi pada kulit sensitif. Pilih pasta gigi dengan kandungan floride yang lebih rendah. Jika mungkin, gunakan pasta gigi organik.


4. Ketimun




cara menghilangkan jerawat dengan ketimun
Gambar dari www.phaneres.com
Tidak kita sadari bahwa ketimun memiliki manfaat yang luar biasa untuk kulit. Ketimun kaya akan antioksidan, mineral, asam amino dan vitamin C yang berkhasiat untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh, membersihkan jerawat serta melembabkan kulit.

  1. Potong ketimun tipis tipis lalu aplikasikan pada wajah yang berjerawat dan diamkan selama kurang lebih 15 menit
  2. Bilas wajah dengan air hangat
Untuk hasil yang lebih maksimal, minumlah jus ketimun yang dicampur dengan perasan jeruk nipis. Jus ketimun dapat membersihkan tubuh dan mengeluarkan racun dari dalam.

5. Minyak Pohon Teh ( Tea Tree Oil)

Tea tree oil atau minyak pohon teh adalah bahan yang biasa ditemui dalam produk – produk anti jerawat. Minyak pohon teh adalah minyak daun tanaman malaeuca yang berasal dari Australia . Zat terpenoid dalam minyak pohon teh dapat mengusir bakteri penyebab jerawat sehingga dapat digunakan untuk mengatasi jerawat.

  1. Campurkan 5 ml minyak pohon teh dengan 95 ml air
  2. Oleskan pada area kulit yang berjerawat dengan kapas
  3. Lakukan 2 – 3 kali sehari

Minyak pohon teh dapat menimbulkan alergi pada kulit. Sebelum mengaplikasikannya pada kulit, ada baiknya menguji reaksinya terlebih dahulu.
Oleskan sedikit minyak pada pergelangan tangan dan lihatlah reaksinya setelah beberapa jam. Apabila tidak timbul reaksi seperti kemerahan atau gatal, maka minyak dauh teh aman jika diaplikasikan pada wajah yang berjerawat.


6. Kulit Jeruk

kulit jeruk
Vitamin C dan asam alpha hidroksi dalam kulit jeruk mampu membersihkan pori – pori kulit yang tersumbat debu dan kotoran serta mengangkat sel kulit mati.

  1. Keringkan kulit jeruk di bawah matahari selama beberapa hari sampai benar benar kering.
  2. Haluskan kulit jeruk yang telah dikeringkan tadi
  3. Tambahkan air secukupnya pada bubuk kulit jeruk dan aduk hingga menjadi pasta
  4. Oleskan pasta pada wajah yang berjerawat dan diamkan selama beberapa menit
  5. Bilas dengan air hangat

7. Cuka Sari Apel

Cuka sari apel yang biasa anda beli di supermarket dapat digunakan untuk mengatasi masalah jerawat. Cuka sari apel mengandung asam malat dan asam laktat yang dapat mengangkat sel kulit mati serta antioksidan yang berfungsi mempercepat proses penyembuhan kulit akibat jerawat.

  1. Campurkan 5 ml cuka sari apel dengan 95 ml air
  2. Oleskan pada wajah yang berjerawat menggunakan kapas
  3. Biarkan selama 10-20 menit kemudian bilas dengan air hangat
  4. Untuk hasil yang lebih efektif, lakukan sebelum tidur dan biarkan selama semalaman

8. Putih Telur

Putih telur dapat mengecilkan pori – pori kulit serta mengurangi minyak berlebih yang merupakan penyebab jerawat. Enzim lysozim yang terkandung dalam putih telur dapat menghancurkan dinding sel bakteri penyebab jerawat.
Selain itu, putih telur juga terbukti ampuh untuk menghilangkan komedo yang biasanya bersarang di hidung.

  1. Ambil sebutir telur, pisahkan kuning dan putih telur.
  2. Kocok putih telur hingga mengembang
  3. Oleskan pada wajah hingga mengering
  4. Bilas dengan air hangat

9. Lidah Buaya

 

cara menghilangkan jerawat dengan gel lidah buaya
Lidah buaya dikenal sebagai bahan alami yang ampuh mengatasi masalah jerawat. Lidah buaya mengandung banyak zat aktif yang dapat mengusir jerawat.
Beberapa diantaranya adalah hormon giberelin dan polisakarida yang mampu membunuh bakteri penyebab jerawat serta antioksidan, mineral, vitamin C dan E yang mempercepat penyembuhan kulit yang berjerawat.

  1. Potong lidah buaya menjadi dua bagian
  2. Potong bagian samping lidah buaya yang berduri
  3. Iris bagian atas untuk mengambil gelnya, kemudian masukkan ke dalam wadah
  4. Haluskan gel lidah buaya
  5. Oleskan gel lidah buaya pada area kulit yang berjerawat
  6. Biarkan selama 3 – 5 menit
  7. Bilas dengan air dingin

10. Pepaya

cara menghilangkan jerawat
Pepaya mengandung enzim papain yang berfungsi mengikis sel kulit mati, dan antioksidan serta vitamin yang dapat mencerahkan kulit wajah, mengatasi kulit kemerahan akibat jerawat dan mengurangi peradangan pada kulit.

  1. Bersihkan pepaya dan potong menjadi beberapa bagian
  2. Haluskan pepaya hingga menjadi bubur
  3. Tambahkan satu sendok madu atau lemon (opsional)
  4. Oleskan pada area wajah yang berjerawat
  5. Diamkan selama kurang lebih 15 menit
  6. Bilas dengan air hangat

11. Bawang Putih

Tidak diragukan lagi, bawang putih adalah salah satu bahan alami yang efektif menghilangkan jerawat. Bawang putih mengandung senyawa thiacremonon sulfur yang dapat mengeringkan jerawat serta senyawa allicin yang bersifat antiseptik yang mampu menangkal bakteri penyebab jerawat.

  1. Haluskan bawang putih lalu oleskan pada jerawat
  2. Diamkan selama beberapa menit
  3. Bilas dengan air hangat
  4. Untuk hasil yang lebih optimal, bawang putih yang telah dihaluskan dapat dicampur dengan cuka sari apel sebelum dioleskan ke wajah

12. Scrub Gula

Gula murni mengandung AHA dan asam glikolat yang baik untuk membersihkan wajah dari sel kulit mati serta menghilangkan jerawat dan bekas yang ditinggalkan.
Tidak hanya itu, gula dapat membunuh bakteri penyebab jerawat karena dinding sel bakteri pada dasarnya tidak tahan terhadap gula.
  1. Cukup campurkan 2 sendok makan gula dengan satu sendok makan air
  2. Aduk hingga menjadi pasta
  3. Oleskan scrub pada wajah selama 15 – 20 menit
  4. Bilas dengan air hangat dan keringkan

13. Madu

Madu sudah digunakan dalam perawatan kecantikan sejak zaman dahulu. Antiseptik yang terkandung dalam madu mampu membunuh bakteri dan mengurangi peradangan pada kulit akibat jerawat.
Madu juga berfungsi sebagai probiotik alami yang tidak hanya efektif mengurangi jerawat tetapi mencegah timbulnya jerawat baru.

  1. Siapkan beberapa tetes madu
  2. Oleskan madu langsung pada bagian yang berjerawat dengan kapas
  3. Diamkan selama 45 menit
  4. Setelah madu mengering dan lengket, bilas dengan air dingin dan keringkan
  5. Anda dapat melakukukan perawatan ini selama 3 kali dalam seminggu

14. Es Batu




cara menghilangkan jerawat
Gambar dari www.climatisationthermapro.com
Es batu dapat menghilangkan minyak berlebih dan kotoran yang merupakan penyebab jerawat. Selain itu, es batu juga berfungsi menenangkan kulit dan mengurangi peradangan yang ditimbulkan akibat jerawat.

  1. Pastikan air yang digunakan untuk membuat es batu tersebut steril
  2. Bungkus es batu secukupnya dengan kain bersih
  3. Oleskan atau diamkan pada wajah yang berjerawat selama beberapa detik
  4. Ulangi proses tersebut hingga beberapa kali pada area yang lain
  5. Lakukan perawatan ini sampai jerawat mengempis.

Tips mencegah timbulnya jerawat

Agar bahan – bahan alami tersebut dapat berfungsi dengan baik, maka perawatan harus dilakukan secara teratur. Berikut cara mencegah timbulnya jerawat agar tidak datang kembali :


1. Rajin membersihkan wajah




cara menghilangkan jerawat
Gambar dari glamourzglitz.com
Rawatlah kesihatan wajah dengan membersihkan wajah minima dua kali sehari dengan pembersih wajah. Pilih pembersih yang sesuai dengan jenis kulit dan aman untuk kulit wajah.
Saat ini sudah banyak pembersih yang mengandung bahan alami di pasaran. Rajin membersihkan wajah adalah kunci dalam menjaga kulit dari kotoran dan minyak berlebih yang dapat menyebabkan jerawat.


2. Jangan sentuh jerawat anda, apalagi dipencet

Jika wajah anda sedang berjerawat, jangan pernah menyentuh wajah dengan tangan kotor apalagi memencetnya. Memencet jerawat dapat memperparah kondisi kulit dan menimbulkan bekas jerawat yang sulit dihilangkan.


3. Hindari make up berlebihan

Jangan terlalu sering menggunakan make up atau riasan berlebihan. Gunakan make up yang sesuai dengan jenis kulit dan hanya pada kondisi tertentu. Jangan lupa untuk membersihkan make up sebelum tidur.


4. Rajin berolahraga




cara menghilangkan jerawat
Gambar dari runninginthefamily.com
Rajin berolahraga baik untuk menyeimbangkan hormon dan mengurangi risiko stress yang boleh timbulnya jerawat. Mandi dengan air hangat setelah berolahraga dapat membersihkan tubuh dari keringat dan minyak yang dapat menyebabkan jerawat.


5. Pola makan yang sihat

Menu makanan sihat dan seimbang dapat menjaga kesihatan kulit.Buah dan sayur diyakini dapat membersihkan wajah dari racun serta mengatasi jerawat dari dalam. Jika anda sering mengalami masalah jerawat ada baiknya hindari makanan berminyak, berlemak, cepat saji dan kafein.


Penutup

Demikian beberapa cara menghilangkan jerawat.Bahan alami lebih selamat digunakan dibanding dengan ubat yang mengandung bahan kimia.


Kredit : familinia.com