Tips Bagaimana Nak Kembali Fokus


Tips Bagaimana Nak Kembali Fokus

Salam ceria,

Hari ni ramai yang bermasalah untuk kembali fokus dalam kerja.Almaklumlah, dah lama bercuti dan beraya.

Fokus ni penting! Tambah lagi kepada orang bisnes sebab kalau fokus lari, bisnes tak jalan dan bila bisnes dan jalan, tak adalah fulus.


Ada beberapa tips yang boleh saya kongsikan, yang saya kutip dari beberapa orang guru. Saya share dulu 5 tips ni yang paling mudah buat.


1.  Offkan segala gajet elektronik.Walaupun anda setkan pada silent mode, tetap anda akan tertarik nak cek notifikasi nanti. Letrik pun jimat.


2.  Badan mesti sihat. Sebolehnya bersenam sedikit untuk singkirkan lemak yang dikumpul masa raya tu.Bila badan sihat, otak cerdas.


3.  Duduk dengan betul. Ini boleh elakkan mudah penat dan lenguh yang boleh ganggu fokus anda.


4.  Bersihkan dan kemaskan ruang kerja anda dari benda-benda yang tak diperlukan dan outdated.


5.  Set dateline anda. Mulakan dulu dengan yang mudah contohnya lihat dulu sejauh mana produktiviti anda dalam sejam. Berikan reward!


Terima kasih kerana membaca,


Kredit :  Dinor Sabudin

No comments:

Post a Comment