Petua menjaga rambut untuk wanita bertudung

Petua menjaga rambut untuk wanita bertudung
1: Jika anda memakai tudung kepala, pastikan rambut anda dikeringkan terlebih dahulu. Jika tidak, rambut anda akan bermasalah seperti berkelemumur, rambut berbuah, rambut berbau dan rasa tidak selesa seperti pening kepala.

2: Semasa anda mengeringkan rambut dengan tuala, cara terbaik ialah melurutkan tuala secara lembut dan perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut. Lakukan berulang kali dan biarkan ia kering sendiri.Jangan gosok rambut anda secara kasar.

3: Untuk mengembalikan kesegaran rambut bagi yang bertudung, letakkan santan kelapa di atas rambut. Biarkan ia seketika dan ia lebih berkesan jika dibalut dengan tuala. Langkah seterusnya ialah bilas dengan air bersih dan kemudian basuh rambut dengan menggunakan syampu yang sesuai. Untuk kesan yang terbaik, amalkan cara ini seminggu sekali.

4: Sewaktu anda tidak mengenakan tudung, sikat rambut anda dan elakkan daripada tidak terurus. Secara tidak langsung ia akan memastikan akar rambut dan kulit kepala mendapat pengudaraan yang secukupnya.

5: Gunakan air sejuk ketika membasuh rambut untuk kesegaran kulit kepala yang optimum.

6: Untuk menghilangkan kelemumur, gosokkan kulit kepala anda dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, basuh rambut dan kulit kepala anda dengan syampu anti kelemumur dan lebih baik jika ia ada campuran limau purut sekali.

7: Untuk rambut anda berminyak, pilih syampu yang boleh digunakan setiap hari. Faktor rambut berminyak seperti ketidakstabilan hormon mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan yang anda alami, keadaan cuaca panas atau pun anda banyak mengambil makanan yang berlemak.

8: Sikat rambut anda bila perlu sahaja. Tetapi jangan biarkan ia sampai tidak terurus. Ini kerana, jika selalu sangat menyikat rambut, ia menyebabkan kulit kepala menjadi panas dan menghasilkan minyak yang berlebihan.

9: Elakkan penggunaan alat pengering rambut supaya rambut tak mudah kusam. Jika anda tetap memilih penggunaan alat pengering rambut, gunakannya pada suhu yang tinggi. Jangan gunakannya pada suhu yang rendah kerana penggunaan pada suhu rendah akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeringkan rambut anda. Risikonya ialah rambut anda lebih mudah rosak.

10: Untuk mendapatkan rambut yang halus, gunakan sikat yang bergerigi penuh dan rapat .


Gejala tekanan darah rendah

Gejala tekanan darah rendah
Tidak semua yang mempunyai tekanan darah rendah akan berasa gejala. Keadaan Hypotension juga tidak selalu memerlukan rawatan. Walau bagaimanapun, jika tekanan darah adalah cukup rendah, mungkin menyebabkan gejala-gejala seperti berikut.
Jantung berdebar-debar atau tidak teratur.


Pening.
Limp.
Loya.
Pengsan .


Hilang keseimbangan atau merasa tak mantap.
Penglihatan kabur.


Jika anda mengalami simptom tekanan darah rendah, anda perlu segera duduk atau berbaring, minum air, dan menghentikan semua aktiviti-aktiviti yang anda lakukan. Gejala biasanya akan hilang tidak lama lagi selepas beberapa ketika.Jika anda mengalami simptom tekanan darah rendah seperti yang disebutkan di atas, sila berjumpa doktor untuk mengukur tekanan darah anda dan memeriksa jika terdapat penyakit tertentu yang menyebabkan gejala-gejala seperti tekanan darah rendah. 


Punca Tekanan Darah Rendah

Sebenarnya, tekanan darah boleh berubah sepanjang hari, bergantung kepada aktiviti yang sedang dijalankan dan ia dianggap normal. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan tekanan darah seseorang adalah rendah, seperti umur, rawatan, dan keadaan cuaca.

Cuaca udara panas boleh membuat tekanan darah menurun. Orang yang menenangkan atau bersenam secara umum juga mempunyai tekanan darah yang lebih rendah. Di samping itu, jika anda baru sahaja makan, tekanan darah juga boleh menurun sebanyak darah yang akan mengalir ke saluran gastrousus untuk mencerna dan menyerap makanan. Tekanan darah pada siang hari dan malam adalah berbeza. Biasanya dalam tekanan darah siang hari akan meningkat, dan malam itu akan menjadi lebih rendah.

Bagaimana muntah boleh dirawat

Bagaimana muntah boleh dirawat

Kehilangan jumlah cairan badan disebabkan muntah yang berterusan perlu diganti supaya dihidrasi tidak berlaku. Bagi bayi berumur kurang dari 6 bulan :

Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) dalam jumlah yang kecil dan kerap-berikan 2 ke 3 sudu kecil setiap 15 ke 20 minit


Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima larutan garam rehaidrasi tersebut, beransur-ansur tambahkan jumlah ORS (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan yang sebenar)


Jangan beri air kosong atau ORS berperisa
Jika bayi menyusu susu formula, selepas 6 – 8 jam bayi tidak lagi muntah mulakan menyusu bayi anda.


Jika bayi diberi susu ibu sepenuhnya, susui bayi anda 5 – 10 minit jarak masa setiap 2 jam. Selepas 6 – 8 jam bayi anda tidak lagi muntah, teruskan penyusuan susu ibu seperti biasa
Bagi bayi diperingkat umur 6 bulan hingga 1 tahun

Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) dengan jumlah yang sadikit dan kerap – berikan 3 sudu teh larutan garam rehaidrasi (ORS) setiap 15 hingga 20 minit
Jika bayi anda tidak muntah selepas menerima larutan garam rehaidrasi tersebut, beransur-ansur tambahkan jumlah ORS (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan yang sebenar)


Jangan berikan air kosong
Garam rehaidrasi (ORS) berperisa mungkin boleh diberikan
Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur mulakan penyusuan seperti biasa.


Mulakan penyusuan dalam jumlah yang sedikit dan beransur-ansur tambahkan jumlah susu sekiranya anak anda dapat menerimanya.
Bagi kanak-kanak lebih 1 tahun

Berikan bayi anda larutan garam rehaidrasi (ORS) atau air kosong dengan jumlah yang sedikit dan kerap – berikan 3 sudu teh setiap 15 hingga 20 minit
Garam rehaidrasi (ORS) berperisa atau minuman isotonik tidak berkabonat boleh diberikan.


Sekiranya anak anda boleh menerima larutan garam rehaidrasi, beransur-ansur mulakan penyusuan seperti biasa. (tidak boleh melebihi jumlah pengambilan yang sebenar)


Sekiranya anak tidak lagi muntah selepas 6 – 8 jam, beransur-ansur berikan sup kosong dan makanan lembut (roti, bubur dan mee).
Jangan memaksa anak anda makan


Selepas 24 jam tidak muntah beransur-beransur mulakan makanan seperti biasa.

Baking Soda mengurangkan ketagihan rokok

Baking Soda mengurangkan ketagihan rokok
Tip ini bukan dari saya. Saya cuma kongsikan disini harap dapat membantu. Sesiapa yang pernah mencuba, boleh komen. Mana tahukan tidak sesuai atau berkesan! Saya cuma tahu ianya sesuai mereka yang mengalami masalah asid reflux (kembung) dan.... digunakan buat roti.

Merokok ni mengakibatkan meningkatnya risiko penyakit jantung koronari sebanyak 2 - 4x, risiko serangan strok sebanyak 3 hingga 4 kali ganda, lelaki pula bakal mendapat kanser paru-paru sebanyak 25 kali ganda dan wanita mendapat kanser paru-paru sebanyak 26 kali ganda berbanding dengan orang yang tidak merokok.

Jika anda ingin berhenti, cuba tip ini yang mudah. Sekurang-kurangnya anda tidak terlibatkan diri dengan pertelingkahan menangani isu vape.

Campurkan 1 sudu besar baking soda ke dalam segelas air besar sehingga larut sepenuhnya. Minum dua kali sehari selama 2 minggu. Jika anda tidak berhenti dalam masa itu, maka teruskan selama 1 minggu atau lebih dan minum sekali sehari. Jangan berlebihan kerana lebihan dos menjejaskan kesihatan anda. Kalau anda makan ubat lain, jangan amalkan tip ini tanpa nasihat doktor.

Anda juga boleh berkumur dengan campuran ini setiap kali anda tidak boleh menahan diri untuk merokok.

AYAT-AYAT PELINDUNGAN BAYI

AYAT-AYAT PELINDUNGAN BAYI

Antara yang pernah diamalkan adalah:


1. Setiap awal pagi laungkan azan perlahan ke telinga bayi.
2. Surah Al-Qadar dan Surah Ali-'Imraan ayat 36 (dibaca 3 kali setelah azan tersebut)
3. Surah asy-Syarh dibaca 3 kali berbetulan dada bayi.
4. Surah Ar-Rahman 1-6, Surah Al-Qiyamah 16-19, Surah Al-Buruj 21-22 (dibaca setiap satu itu 3 kali dan dihembus pada wajah bayi)
5. Dibaca sekali sahaja surah-surah berikut, kemudian dihembus ke seluruhan tubuh bayi:
a) Surah At-Taubah ayat 51
b) Surah Yunus ayat 107
c) Surah Hud ayat 6
d) Surah Al-'Ankabuut ayat 60
e) Surah Fathir ayat 2
f) Surah Az-Zumar ayat 38


Beramallah dengan YAKIN, InSyaa'Allah..

RAWATAN TULANG BELAKANG

RAWATAN TULANG BELAKANG

* Fisio terapi
* Ubat-ubatan
* Pembedahan

Rawatan ubat-ubatan seperti vitamin bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak pada saraf.

Manakala fisioterapi pula selain mengurangkan bengkak, kesakitan, dengan menggunakan traksi ia dapat membantu melembutkan otot-otot bagi melepaskan tekanan pada saraf.

Bagaimanapun individu yang tidak merawat kecederaan yang mereka alami tidak dapat memulih dan mengembalikan kekuatan asal mereka.

Pembedahan bertujuan untuk mengurangkan tekanan pada saraf supaya saraf tidak berasa sakit juga untuk menguatkan tulang.

Ia juga membantu memulihkan tulang yang berubah dari kedudukan asal dan menguatkan tulang bagi mencegah rasa sakit.

KOMPLIKASI
Sakit belakang boleh mengakibatkan lemah pada kaki untuk bergerak. Namun sekiranya hasil pemeriksaan doktor mendapati sakit belakang bukan berpunca dari ketumbuhan atau jangkitan kuman, pesakit tidak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan kesihatan.

Sebaliknya, sekiranya ia menyebabkan individu terbabit tidak boleh berjalan atau berdiri, langkah sewajarnya ialah mendapatkan rawatan.

* Tidak boleh berdiri sehingga ada kalanya memaksa seseorang merangkak.
* Kebas kaki
* Rasa bisa
* Rasa sengal
* Tidak dapat berjalan jauh kerana sakit pada kaki dan kebas.

PENCEGAHAN
Bagi mencegah rasa sakit pada bahagian belakang ini pelbagai langkah perlu dilakukan antaranya:
* Aktif melakukan senaman bagi mengelakkan tulang belakang menjadi lembut seterusnya menjadi osteoporisis.
* Elakkan daripada sebarang kecederaan pada tulang belakang.
* Pastikan kedudukan yang betul apabila anda duduk, mengangkat barang, berdiri, tidur di atas katil yang sesuai.
Manakala dari segi pemakanan, pengambilan kalsium dapat mencegah tulang jadi lembut.

Justeru untuk menguatkan tulang, pastikan anda mempunyai berat badan yang ideal seimbang dengan ketinggian dan tidak terlalu gemuk.

Sekiranya anda mempunyai berat badan berlebihan, tulang belakang terpaksa bekerja keras untuk menampung berat badan.

SENAMAN
Dengan melakukan senaman, seperti aktiviti sukan dapat menguatkan otot-otot di samping mengelakkan osteoporosis.

Bagaimanapun aktiviti sukan yang dilakukan tidak keterlaluan bagi mengelakkan sebarang kecederaan.

Kehausan pada tulang akan menyebabkan ia menekan saraf, keadaan ini mengakibatkan pesakit ada kalanya langsung tidak dapat berjalan.

Kesakitan yang dirasai ini kerana saraf telah tertekan dan mengakibatkan darah tidak dapat mengalir masuk ke saraf.

Apabila seseorang berjalan atau berlari kita memerlukan darah, bagaimanapun sekiranya darah tidak mengalir ke saraf tidak mendapat oksigen. Kesannya ia akan menimbulkan kesakitan kerana kekurangan oksigen.

Pada peringkat ini pesakit dinasihatkan supaya menjalani Scan MRI (Magnetic Resonance Imaging) untuk menentukan keadaan sebenar yang berlaku dan rawatan sesuai.

Pada peringkat awal pesakit akan menjalani fisioterapi dan rawatan ubat-ubatan.

Sebaliknya, sekiranya sakit belakang yang dideritai agak serius, pembedahan akan dilakukan untuk;
* Membuang tulang yang timbul berlebihan supaya ia tidak menekan saraf.
* Menguatkan bahagian sendi-sendi yang telah longgar.

PANDUAN
Sakit belakang dapat ditentukan tahap keseriusan seperti sama ada:

* Sakit sedikit atau serius
* Boleh bergerak, berjalan, duduk atau aktif seperti biasa
* Sakit tersebut dari pinggang menjalar ke kaki.


INFO UBAT

INFO UBAT
💊💊
Bukan semua ubat perlu disimpan dalam peti sejuk. Ingat ya, menyimpan ubat dalam peti sejuk tidak menyebabkan ubat tahan lebih lama. Malah mungkin boleh menyebabkan ubat rosak dan tidak lagi berkesan kepada pengguna.

Simpan ubat dengan betul, ikut arahan penyimpanan seperti yang tertera pada label ubat.

Mesej ini daripada
Bahagian Farmasi KKM

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pusat Panggil Farmasi Kebangsaan di talian
1-800-88-6722 (benar2 tol)
(Isnin-Jumaat 8pg-5ptg)

Mohon sebar-sebarkan informasi ini agar dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.


Tindakan bila terjumpa ular di dalam rumah

Tindakan Bila Terjumpa Ular Di dalam Rumah

1. Jangan panik dan cuba bertenang. Sekiranya ular itu berdekatan dengan kita, cuba jangan bergerak. Bacalah surah surah atau doa sesuai supaya ular tadi keluar dan kita terselamat. Biasanya ular akan bergerak dan berlalu pergi.

2. Mengikut petua juga dan berdasarkan kisah di zaman Nabi, kita digalakkan memberi amaran kepada ular tadi secara lisan dengan menyuruhnya keluar sebanyak tiga kali, takut kemungkinan ular jelmaan jin.

3. Jangan bertindak sendiri dan terburu buru. Kita juga dilarang membunuh ular kecuali haiwan ini ternyata telah mengancam nyawa kita. Untuk makluman ular tidak menyerang manusia kecuali apabila mereka terkejut atau rasa terancam.

3. Perhatikan pergerakan haiwan ini dan ke mana ia beredar.

4. Call 999 (Jabatan Pertahanan Awam) dan laporkan kes ini dengan memberikan nama, alamat rumah dan nombor telefon.

5. Lindungi anak-anak dan orang tua di dalam rumah dengan menempatkan mereka di tempat atau bilik yang selamat.

6. Apabila pasukan penyelamat sampai, maklumkan kepada mereka lokasi ular ini.

HUKUMAN MEMAKAN HARTA ANAK YATIM

HUKUMAN MEMAKAN HARTA ANAK YATIM

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sahabat saudara2 yang dirahmati Allah,
Allah SWT berfirman :

“Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuhnya perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)”. (QS an –Nisa’ ayat : 10).

Dalam ayat ke sepuluh, surah an - Nisa’ ini, Allah  menyatakan bahaa mereka yang memakan harta anak yatim tanpa alas an, maka mereka akan menelan api yang menyala-nyala sepenuh perut mereka di hari Kiamat kelak.

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Rasulullah SA berkata :

“Jauhilah tujuh perkara yang dapat membinasakan”.

Para sahabat bertanya : “Apa itu wahai Rasulullah ?”.

Baginda Rasulullah SAW menjawab :

1) Menyengutukan Allah Ta’ala.
2)  Sihir.
3) Membunuh jiwa yang diharamkan Allah kecuali dengan sesuatu yang hak.
4)  Memakan riba.
5) Memakan harta anak yatim.
6) Berpaling di saat perang.
7) Memfitnah wanita-wanita mukminat yang telah bersuami yang lemah untuk melakukan hal yang tidak baik”.
(H.R. Bukhari dan Imam Muslim).

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dari Abu Sa’id Al-Khudri bahawa Rasulullah SAW telah bersabda mengenai apa yang telah Baginda lihat sewaktu diisrak’kan :

“Aku dibawa ke tempat sekelompok lelaki yang masing-masing bibirnya seperti bibir unta. Masing-masing mereka disuap mulutnya dengan batu api neraka. Setelah masuk ke mulut lalu keluar ke bawah. Mereka mengeluarkan suara  dan teriakan”. 

Lalu aku bertanya kepada  Jibril : “Siapakah mereka itu wahai Jibril?”.

Jibril menjawab : “Mereka itu adalah pemakan –pemakan harta anak yatim secara zalim”.
(H.R. Ibnu Hatim).

As-Sudi berkata :
Pemakan harta - harta anak yatim akan dibangkitkan kembali di hari Kiamat dengan gejolak api yang keluar dari mulutnya, hidungnya, telinganya, matanya dan semua orang yang melihatnya mengetahui bahawa dia adalah pemakan harta anak yatim”.

Rasulullah SAW bersabda :

“Sekelompok kaum akan dibangkitkan kelak di hari Kiamat sedang dari mulut mereka akan keluar api yang bergejolak”.

Lalu sahabat bertanya :

“Siapakah itu wahai Rasulullah?”.

Rasulullah SAW menjawab :

“Tidak kah engkau mengetahui bahwa Allah SWT telah berfirman :

“Barangsiapa yang memakan harta anak yatim, maka akan menelan api sepenuh perutnya”
(H.R. Ibnu Mardaweh).

bu Hurairah menyatakan Rasulullah SAW telah bersabda :

“Awalah (berjati-hatilah ) kalian terhadap harta milik dua golongan yang lemah, wanita dan anak yatim”.

Selamat merenungi…semoga bermanfaat.

Wallahu’alam.

Cara solat jenazah perlu tahu

Solat yang dilakukan oleh orang hidup kepada orang yang telah meninggal dunia agar diampunkan dosanya, mendapat rahmat dan keredaan Allah swt.


Solat jenazah adalah fardhu kifayah keatas orang hidup kecuali yang mati syahid. Menurut Imam Syafie : Wali adalah lebih utama (aula) berbanding pemerintah. Mulai bapa, datuk ke atas dan anak-anak lelaki, cucu lelaki ke bawah dan seterusnya. Imam-imam mazhab bersepakat tentang harus solat ke atas beberapa jenazah serentak tetapi afdzal kalau dilakukan secara berasingan dan ia didahulukan ke atas mayat yang paling dimuliakan sewaktu hidup. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun beberapa baris.
Persediaan Solat Jenazah
  1. Mayat diletakkan didepan imam melintang ke qiblat.
  2. Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada mayat.
  3. Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
  4. Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Sebelum solat, sunat Bilal melafazkan :

الصَلاَةُ جَامِعَه الصَلاَةُ الْمَيِّت اَلْحَاضِرُ رَحِمَكُمُ الله

Jawab Makmum :

الصَلاَةُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ الله

Sof solat jenazah seboleh-bolehnya dijadikan 3 sof dan makmum digalakkan melebihi 40 orang.

Rukun Solat Jenazah
  1. Niat pada takbiratul ihram.
  2. Berdiri bagi yang berkuasa tanpa sebarang rukuk dan sujud.
  3. Takbir 4 kali termasuk takbiratul ihram.
  4. Membaca surah Al-Fatihah sesudah takbir pertama.
  5. Selawat atas Nabi Muhammad saw (selawat Ibrahimiyyah) sesudah takbir kedua.
  6. Doa khas bagi jenazah sesudah takbir ketiga.
  7. Memberi salam sesudah takbir keempat.
Cara Mengerjakan Solat JenazahBerdiri betul dan lafaz niat solat jenazah

Lafaz niat solat jenazah mayat perempuan.

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat lelaki.

أُصَلِّي عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak Lelaki.

أُصَلِّى عَلَى هَذَا اْلمَيِّتِ الطِفْلِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak lelaki empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah mayat kanak-kanak perempuan.

أُصَلِّى عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ الطِفْلَةِ اَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku sembahyang atas mayat kanak-kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah kerana Allah Taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi imam ditambah perkataan إِمَامًا.

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam kerana Allah taala”.

Lafaz niat solat jenazah bagi makmum ditambah perkataan مَأْمُوْمًا

أُصَلِّي عَلَى هَذِهِ اْلمَيْتَةِ أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ مَاْمُوْماً للهِ تَعَالَى

“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan empat takbir fardhu kifayah mengikut imam kerana Allah taala”.

Kemudian bertakbir dengan,

Takbir yang pertama (takbiratul ihram) disertai dengan niat di hati, kemudian baca Al-Fatihah.
Takbiratul ihram

اَ للهُ اَكْبَرُ

“Allah Maha Besar”.

Beserta dengan niat
“Sahaja aku solat keatas ini mayat perempuan/lelaki/kanak lelaki/kanak perempuan empat takbir fardhu kifayah menjadi imam/mengikut imam kerana Allah taala”.

Membaca Surah Al-Fatihah

“Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat), engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. tunjukilah Kami jalan Yang lurus. iaitu jalan orang-orang Yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang Yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang Yang sesat.” (Al-Fatihah : 1-7)


Takbir kedua baca selawat.

أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ.


“Ya Allah berilah rahmat kepada junjungan Nabi Muhammad saw, dan berilah kesejahteraan kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw sebagaimana Engkau memberikan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Berkatilah Nabi Muhammad saw dan keluarganya sebagaimana Engkau telah memberikan keberkatan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya atas alam-alam ini, Engkaulah zat yang terpuji dan Maha mulia.”

 Takbir ketiga berdoa untuk si mati.

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ


“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.” 

Takbir keempat berdoa untuk si mati lagi.

أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Bacaan sesudah salam
  1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
  2. Surah Al-Falaq 1 kali.
  3. Surah An-Nas 1 kali.
  4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
  5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
  6. Ayat Kursi 1 kali.
  7. Doa yang sesuai 
sumber

Cara kira bmi untuk anda


Cara kira bmi untuk anda

BMI (Body Mass Index) atau Indeks Jisim Badan adalah formula untuk mengalisa berat badan dan ia berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran komposisi badan secara tidak langsung kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang.

Kalau nak tahu adakah BMI anda menepati ciri BMI yang sihat, anda boleh buat kiraan seperti di bawah:

BMI = berat(kg)
            ——————————
           tinggi(m) x tinggi(m)


Kategori BMI :

    Kurang berat badan          = <18.5
    Berat badan yang normal = 18.5-24.9
    Berat berlebihan               = 25-29.9
    Obesiti                              = 30 atau lebih

Leceh kan nak kira macam ni? Tak apa, saya ada cara lebih mudah, boleh guna kalkulator BMI di bawah:

*Sila klik pada tab ‘Metric’ untuk pengiraan dalam cm dan kg.




Powered by BMR Calculator

kredit

Cara lelaki serius dalam hubungan

Cara lelaki serius dlm hubungan
13 berani jumpa mak ayah dan keluarga
14 menjaga kehormatan pasanga
15 menjaga agama dan segera menghalalkan hubungan
16 pandai amik ati keluarga pasangan
17 mendidik ke arah kebaikan